Sunday, April 30, 2017

Khidmat Sewa Bas Di Alor Setar Kedah

BAS!! BAS!! OHH BAS ALOR SETAR!!

Hendak bercuti satu keluarga, tetapi masalah pengangkutan! Hendak pergi rombongan ke majlis perkahwinan, tetapi masalah pengangkutan!! Hendak pergi rombongan bersama ‘geng-geng’ kampung pun masalah pengangkutan!!  Jangan risau, small matter mat salleh kata. Syarikat kami ada menyediakan apa sahaja jenis kenderaan untuk disewa. Dari sekecil-kecil viva hingga sebesar-besar bas.



BAS UNTUK DISEWA DI ALOR SETAR KEDAH

Kalau la aku ada bas, senang nak bawak family bercuti”.

Rombongan pengantin nanti kami cuma dapat bawak 11 orang saja sebab tak muat kereta”.

Cik Kiah merajuk katanya kita tak bawak dia dan keluarga ikut kita bercuti”.



Keluhan-keluhan yang biasa didengar. Kami sangat memahami masalah yang dihadapi dan izinkan kami membantu anda. Syarikat Ridho Travel & Tour bukan sahaja menyediakan perkhidmatan Sewa Kereta di Alor Setar. Tetapi pihak kami juga mampu menyediakan bas untuk disewa bagi memudahkan perjalanan anda. Segala masalah anda akan dapat diatasi!





KESELESAAN ANDA KEUTAMAAN KAMI

“Yeke ni Ridho Travel & Tour boleh sewa bas? Entah-entah bas yang diberi sewa tu asyik tersedut-sedut macam siput sedut”.

Jangan risau sama sekali. Pelanggan yang disayangi, keselesaan anda keutamaan kami. Syarikat kami berani memberi jaminan atas keselesaan kenderaan yang disewa oleh pelanggan kami. Begitu juga dengan bas sewa kami yang sangat selesa dan tip top lagi keadaannya. Keluasan dalamannya memudahkan pergerakan anda di dalam bas. Kerusi yang selesa akan membuatkan anda bertambah selesa ketika terlena. In Sha Allah!





SEWA BAS DI ALOR SETAR KEDAH SEKARANG!!

Haa…. Masih nak buat kira-kira lagi ke adik, abang, kakak sayang? Anda boleh membawa keluarga melancong ke mana sahaja tanpa sebarang masalah. Tak perlu nak bersempit-sempit dalam kereta kecil semata-mata nak bawa seluruh ahli keluarga bercuti ke tempat-tempat menarik di Alor Setar.

“Baih ni untuk round Loq Staq jak ka? Nak pi tang lain bulih dak?"

Awat? Risau? Bukan setakat Loq Staq je anda boleh round, malah ke seluruh Malaysia tidak kira sebelah Timur, Barat dan Selatan. Sewa dan pandu sahaja.


ORANG KEDAH, ALOR SETAR, SUNGAI PETANI, GURUN, KULIM, DAN KAWASAN YANG SEWAKTU DENGANNYA


 SEWA BAS DI SUNGAI PETANI

Dengar bebaik ye untuk mereka-mereka yang berada di kawasan yang dinyatakan. Ridho Travel & Tour memberi sedikit keistimewaan kepada anda. Apa istimewanya? Anda tidak perlu bersusah payah datang ke tempat kami untuk menaiki bas sewa dan menuju ke lokasi percutian anda. TETAPI kami yang akan menawarkan diri pandu bas sewa dan menjemput anda untuk menuju ke lokasi yang anda inginkan! Satu lagi kemudahan yang kami sediakan untuk pelanggan kami.

Pemandu bas kami merupakan pemandu yang sama hebatnya dengan waze yang anda guna untuk menuju ke sesuatu tempat. Sekadar perumpaan. Smile. Ke mana sahaja yang anda ingin pergi, pemandu kami akan tahu cari jalan untuk menuju ke destinasi tersebut. Anda hanya diminta bertenang dan relax di dalam bas sehingga sampai ke lokasi.


KERETA SEWA ALOR SETAR YANG LAIN?? ADA…..

Eh...Eh...Ehhhh.... Jangan susah hati. Takkan kami punya khidmat sewa bas semata-mata. Cer baca signbord syarikat kami balik - "Kereta Sewa Alor Setar"- Dah tentu-tentu keretanya ada untuk disewa. Bermacam-macam jenis kereta yang kami tawarkan untuk disewa. Kereta mewah turut disediakan bagi pengguna kami yang dari kalangan VIP atau VVIP. Sesiapa pun boleh menyewa!  Harganya pula? Kami meletakkan harga sewa mampu milik untuk pelanggan kami.







JENGUK TESTIMONI HAT ADA!

Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang. Kalau tidak ada yang berpuas hati, takkan orang nak bercerita tentang kami. Ye dak? Feedback yang positif semestinya! Nah, kami belanja gambaq dan testimoni sekeping dua! Antara pelanggan yang menggunakan khidmat kami.





 Cer teka la sapa depa ni. Malas la kami nak bagitau......😉


 Yang ni? Baca la nama depa tu....takkan tak kenai ye dak?😁




Hat ni kami nak senyum jak laa...😊 #awesome #goodservice



 DAH BOLEH BOOKING? SILALAH....

Mesti masing-masing dah merancang percutian untuk cuti sekolah nanti kan? Booking terus kenderaan dengan kami. Bagi peluang kepada kami untuk memberi kepuasan percutian kepada anda! Berbaloi-baloi!😊 Call 017-400 8804

2 comments:

  1. Assalamualaikum..
    Nak tanya sewa dari Alor setar ke melaka...ada beberapa hentian2 nk pickup peserta 3hari 2mlm

    ReplyDelete
  2. Sewa bas kira camna? 1 bas or sekepala berapa? Dr loqstaq ke senawang n9

    ReplyDelete