Sunday, January 21, 2018

Jelajah Pulau Pinang dengan Kereta Sewa dan Driver

Pemandu Pelancong Profesional Dari Ridho Travel & Tours

Baru baru ini kami menerima pelanggan dari Kuala lumpur yang datang secara grouping memilih perkhidmatan kami untuk tours Pulau Pinang. 

Dan pastinya, untuk menikmati percutian yg menarik dan rileks, memilih kenderaan yang baik biasanya akan menjadi pemerhatian yang paling utama kan?

Jadi mereka memilih untuk menyewa kenderaan yang selesa dan besar untuk keselesaan dan untuk mendapatkan kualiti pelancongan yang berbaloi… dan mereka juga meminta pemandu pelancong untuk tidak perlu merasa keletihan memandu. Jadi kami memberikan khidmat seorang pemandu pelancong untuk tours mereka kali ini.



Penang Chauffeur Services

Kami dari syarikat Ridho travel & tours sememangnya menyediakan pemandu pelancong yang lengkap dengan pakej pakar dalam pemanduan selamat, berhemat, mengetahui semua selok belok utara serta tempat2 menarik. Dan yang paling penting layanan ramah mesra dan profesional. Dijamin anda dapat menikmati jelajahan anda dengan puas hati. 
  
Sewa Van 18 Seat Pusing Pulau Pinang

Dengan bilangan mereka yang ramai jadi kami mengesyorkan mereka memilih untuk membawa mereka pusing Pulau Pinang dengan van yang kami miliki Placer X. Van yang luas dan selesa dengan 18 seat yang tersedia di dalamnya.


Kemana pun tempat yang kita pergi pastinya tempat-tempat menarik yang akan dimasukkan dalam list kita kan? Untuk panduan dilain ketika. Kami dah masukkan kedalam list tempat- tempat menarik yang ada di pulau penang untuk anda melancong.

Antara tempat menarik dan tempat makan yang sedap-sedap yang kami bawa baru ini ialah Kedai Roti bakar transfer road ,Pasemboq , Jeruk Madu Pak Ali, Laksa Janggus, Tropical Fruits farm. Dan tempat2 yang menarik juga untuk dilawati seperti Street art,  Hard Rock Hotel, Bukit bendera, Deen Maju. 

Breakfast Yang Best Di Pulau Pinang


Sebelum kita pergi jelajah semua tempat, isi perut dulu yang paling penting. Untuk sarapan pagi kami pilih Roti Bakar Transfer Road yang popular dengan menu roti bakar telur goyang dan roti canai ayam pedas... kalau anda datang Penang jangan lupa kedai ini wajib datang tau... 

Seni Lukisan Yang Menakjubkan Di Pulau Pinang

Seterusnya kami ke Seterusnya kami ke street art untuk tengok seni yang dari perasaan dan sejarah dilukis disini. ianya merupakan satu kejayaan yang sangat unik yang ada di Pulau Pinang ini.  untuk tengok seni yang dari perasaan dan sejarah dilukis disini. ianya merupakan satu kejayaan yang sangat unik yang ada di Pulau Pinang ini. 

Kalau anda seorang yang suka art atau seni maka disini wajib datang. Ia adalah tempat yang sungguh menakjubkan di sekitar georgetown yang mana anda boleh melihat keunikan dinding yang dicat menceritakan tentang kehidupan di bandar ini dan selain itu ada juga "wrought-iron" karikatur yang menghiasi jalan macam sekarang orang buat lukisan 3D.

Orang yang datang ke sini seronok berlakon aksi yang pelbagai untuk bergambar. So kalau anda datang sini juga, Jangan lepaskan peluang untuk bergambar dengan aksi aksi anda sendiri disini.




Pasembur Paling Sedap Di Pulau Pinang

Pulau pinang negeri yang kaya dengan kepelbagaian makanannya dan diantara makanan yang kira makanan aslinya adalah pasembur atau "pasemboq" kata orang penang. Pasembor ni lebih kurang macam rojak kalau dinegeri kita. Didalamnya ada timun,tauhu,telur, makanan laut dan lain lagi dengan kuah yang ada kacang hancur dan berwarna oren kemerahan.

Kami memilih Pasembur Pulau Mutiara atau lebih dikenali “Pasembur Menari”. Kedainya berada di gerai persiaran Anjung Gurney. Kedai ini merupakan antara gerai pasembur yang paling best dan digemari oleh orang tempatan dan pelancong.




Tahu Tak Kenapa Ia Dikenali Sebagai Pasembur Menari?
"Pasembur ini disediakan dengan gaya ikut alunan muzik yang menarik perhatian pengunjung yang datang, tambahan dengan rasa pasembur yang sememangnya sedap maka tidak hairanlah gerai ini menjadi kunjungan sesiapa saja yang datang kesini."
Segalanya Ada Dibukit Bendera Pulau Pinang

Telah menjadi halwa telinga kita bukit bendera adalah satu tempat yang sangat menakjubkan dipulau pinang. Dengan udara dingin disebabkan ketinggiannya yang mencapai 800 meter dari paras laut dan dilengkapi dengan pelbagai aktiviti santai disana.

Antara yang bestnya disana ialah  mereka menyediakan keretapi untuk para pelancong. Kami menaiki keretapi dan mngambil tempat duduk paling hadapan untuk merasakan perjalanan yang lebih awesome.

Setelah sampai, kami membawa mereka menaiki beggy yang disediakan untuk melawati bukitnya yang disediakan bermacam-macam tarikan untuk pelancong disini. Lepas tu tengok museum owl & clift, ada meriam, boleh tengok bunglow2 lama yang dibina dari zaman inggeris dulu, taman permainan, dan ada tempat untuk simpan niat jugak tau...hahah.. 

Mereka menyediakan satu tempat yang kita kena beli mangga kunci tu tulis sesuatu niat dan kunci kat satu dinding dawai yang disediakan.


Dan diatas sana juga ada Satu tempat yang kita  boleh teropong pulau pinang dari atas. Tempat ini sesuai untuk mereka yang nak celebrate honeymoon disini pastinya honeymoon ini tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

Tetamu-tetamu kami kali ini memang sangat teruja berada disini. Mereka semua plan nak sambutan anniversary kat atas bukit bendera ni.

Setelah penat kami pusing bukit bendera tiba-tiba perut kami berkeroncong tandanya perut sudah meminta untuk di isi dengan makanan yang sedap di pulau penang ni? Kami membawa mereka semua pergi makan di kedai Deen Maju untuk merasakan nasi kandar yang popular di penang.


Selepas makan segala makanan berat dan berkalori . Kami membawa mereka melawat Tropical Fruit Farm yang mana disini ditanam pelbagai buah buahan tempatan,dan pelawat dibenarkan merasai buah-buah yang ada.

Pelanggan-pelanggan kami pilih durian untuk makan disana bukan main syok lagi noh... Kemudian semua balik tidur kekenyangan....dan menu petang pun dah dirancang...hihi  



Laksa Paling Sedap di Pulau Penang

Pulau pinang ini memang banyak makanan yang sedap sedap dan pelbagai jenis stail sebab percampuran bangsanya yang unik dan damai yang mereka ada tidak menjadi masalah pada semua. Jadi makanan pun begitulah pelbagai dan semua orang makan tanpa ada rasa beza dan insyaAllah semua halal.
Laksa janggus ini sebenarnya dipanggil sempena kedainya berada dekat dengan pokok gajus (janggus panggilan pulau pinang) kedai ini ianya terletak dibalik pulau. Tapi orang balik pulau tak panggil laksa janggus pun, mereka menyebut kedai laksa Timah sebab tauke kedainya bernama Timah.

Kebetulan kami singgah dibalik pualu hari ahad boleh lah menikmati laksa janggus ini sebab kedai ini ditutup pada setiap hari rabu. Dan yang menariknya disini kedai ini mengunakan cara serve makanan secara layan diri, dengan 1 harga yg sama. Jadi klu berada dikedai ni rasa macam berada dalam kenduri je hihhi...so  sapa mai penang wajib try tau. 


Jeruk Madu Pak Ali dan Jeruk IBU Pulau Penang

Jeruk Pak Ali memang sudah tidak asing lagi di pantai timur juga. Buah buahan yang dicampur dan dijeruk keluaran mereka selamat dan berlainan dari biasa kerana buah buahan mereka dijeruk dengan madu dan tidak menggunakan ibu jeruk seperti di pasaran biasa.



 Hardrock Cafe Penang

Last sekali, kami juga  sempat juga pergi minum petang di Hardrock Cafe dekat Hardrock Hotel. Hard Rock hotel ialah sebuah hotel mewah bertaraf antrabangsa yang memang cantik kawasannya dan unik hiasannya. Dengan port mandi kolam disetiap bilik nampak privacy walaupun hakikatnya dibina sebuah kolam sahaja. 
 


Jom Melancong di Pulau Penang

Haaa… Mmg nampaknya pelanggan kami pun enjoy betul pusing Penang kali ni. Segalanya boleh try. Anda teruja tak?  Kalau teruja boleh hubungi kami untuk tahu lebih lanjut tentang pakej pelancongan yang kami sediakan


Anda perlu merasainya sendiri, untuk tulis segala pengalaman yang mereka nikmati mungkin entry ini tak boleh behenti disini. Jadi untuk anda yang berminat dan nak merasai juga perjalanan yang rileks dan gembira pusing-pusing utara ni. Bolehlah mecuba perkhidmatan kami Ridho Travel & Tours

Dan insyaallah Nanti untuk entry lain , kami akan kongsikan tempat-tempat yang lebih menarik lagi yang menjadi pilihan pelanggan kami.  Dan kalau datang ke utara silalah hubungi Ridho Travel & Tours Perkhidmatan yang dipercayai, mudah dan selamat.









Kami juga menawarkan sewaan untuk anda dengan pelbagai kereta yang boleh membawa anda samada secara sendiri, grouping dan family trip dan ianya dijamin mengikut kemampuan dan keselesaaan anda.
Jadi, apa tunggu lagi? Pilihlah perkhidmatan dari Ridho Travel&Tours sekarang untuk pengalaman mlancong yg hebat dan berbaloi !
Telefon / WhatsApp : 017 – 4008804 | Link WhatsApp

0 comments:

Post a Comment