Sunday, January 28, 2018

Resepi Kek Sunquick Mudah & Sedap


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum dan salam ceria Admin nak ucapkan kepada pembaca semua. Admin nak Tanya, ada tak pembaca2 yang suka makan Kek Sunquick dan sedang mencari resepi untuk buat sendiri?

Ok kalau ada, pembaca sangat bertuah sebab hari ni Admin nak kongsikan resepi Kek Sunquick yang selalu Admin buat. Ianya sangat mudah dan yang penting sedap rasanya. Kos pun murah sahaja.

Di bawah ni, Admin kongsikan resepi Kek Sunquick ya. Bahan2nya Admin bahagikan kepada dua bahagian, satu bahagian perlu diblendkan, dan satu bahagian lagi cuma perlu diayak.

1- Bahan blend
3biji  telur
1/2 cawan sunquick
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak
1sudu ovalette
1sudu esen vanilla

2- Bahan ayak
1  1/2cawan tepung gandum
1sudu kecil soda bikarbonat
1sudu kecil baking powder

Di bawah pula adalah cara2 untuk membuat Kek Sunquick yang sangat simple dan mudah ni:

1-Masukkan bahan2 blend dalam bahan ayak kemudian kacau rata.
2-Tuang dalam loyang yang di sapu planta.
3-Bakar 45minit, kalau nak kukus pun boleh.
4- Siap.

Ha inilah rupa Kek Sunquick yang telah siap dibakar. Pembaca semua boleh la cuba buat hari ni ikut resepi yang Admin kongsikan kat atas.


Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua dan terima kasih sudi singgah membaca di sini.

0 comments:

Post a Comment