Friday, May 12, 2017

Sewa Kereta Alza di Alor Setar Kedah

Kereta VIVA agak terhad muatannya? Kereta MYVI pun sama jugak masalahnya? Sudah tentu anda mengimpikan sebuah kenderaan yang selesa dan besar untuk disewa. Semuanya untuk menjaminn keselesaan penumpang-penumpang anda bukan? Yela, lokasi yang anda ingin tuju bukannya sekangkang kera jauhnya. Jangan risau, kami akan cuba membantu!

" Yang Kurik Itu Kundi,
Yang Merah Itu Saga,
Yang Baik Itu Budi,
Yang Merah Itu ALZA "

Tudiaaa sempat kami berpantun! Selain daripada Viva dan Myvi, Perodua juga telah mengeluarkan sebuah lagi pacuan empat roda yang 'digelar' ALZA. Saiznya yang agak besar mampu memuatkan 7 orang penumpang dalam satu masa! Sangat praktikal. Jadi sangat sesuai bagi pengguna kereta sewa yang ingin membawa bilangan ahli keluarga yang ramai. 

Kalau sewa dua buah, dah 14 orang yang boleh dibawa. Sangat sesuai untuk pergi bercuti mahupun sewa untuk pulang ke kampung halaman.




Walaupun perodua ALZA sejenis kenderaan yang panjang ke belakang, tetapi jangan dikhuatiri barisan yang ketiga akan kepanasan di belakang. Mereka akan tetap berasa selesa duduk di belakang. 😊


Mai Pakat Sewa Si Merah Kami di Alor Setar



Syarikat kami ingin menawarkan kereta sewa jenis ALZA ini kepada anda dengan harga yang sangat berpatutan! Kereta ALZA mampu memberikan kepada anda yang terbaik ketika berada di jalan raya.
Ruang dalaman yang luas memberi keselesaan kepada penumpang sekiranya berada dalam pemanduan yang agak jauh. 

Penggunaan petrol untuk ALZA ini pula sangat munasabah. Tidak terlalu membebankan pengguna. Sangat menjimatkan duit poket anda!

Tak kira ke mana sahaja anda pergi, pemanduan yang santai dengan menggunakan ALZA tidak akan memberi kesan yang negatif kepada anda. Percayalah!


ALZA 'Sangat Mesra Kanak-kanak'

"Arghh, jangan bising boleh tak?!" 
"Cubalah duduk diam-diam sikit, papa kan tengah memandu!"

Sudah namanya kanak-kanak, semua tempat dijadikan port untuk bermain. Sudahnya bapa yang memandu pun boleh stress dengan keadaan yang sebegini. Penyelesaian? Tak perlu risau, perodua ALZA Advance kami dilengkapi dengan skrin Lcd. Kanak-kanak boleh menonton cerita kegemaran mereka sepanjang perjalanan dan sudah tentu mampu untuk "mendiamkan" mereka ketika anda memandu. Anak-anak dalam keadaan tenang, bapa mampu bertenang terutamanya ketika memandu.😜

Kereta Sewa ALZA di Alor Setar

Ridho Travel & Tour bukan sahaja memiliki kereta ALZA merah untuk disewa. Bahkan kami mempunyai pelbagai lagi warna kereta ALZA untuk anda. Hanya perlu pilih mengikut citarasa dan kesesuaian dengan yang anda inginkan. Kami akan cuba memenuhi permintaan anda! Kondisinya pula kami yakin anda akan berpuas hati.

Kami sentiasa menyenggara kereta sewa kami untuk memastikan perjalan anda berjalan dengan lancar. Anda tidak perlu bimbang akan berlaku sebarang kerosakan semasa dalam perjalanan. Kami juga menjanjikan kereta yang akan disewa kepada anda berada dalam keadaan bersih untuk keselesaan anda.


Sewa Perodua ALZA di Alor Setar dengan Harga Murah

Kereta besar, harga sewa pun mesti besar kan? Tidak semestinya begitu. Syarikat kami menawarkan harga yang paling murah di Alor Setar. Sangat berbaloi-baloi. Tak percaya? Nah, di bawah ini adalah rate harga sewa kereta kami :

👉ALZA Manual RM 160
👉ALZA STD RM 180
👉ALZA Advance RM 200

Murah? Tak percaya jugak? Anda boleh hubungi kami di talian berikut 😄: 017-400 8804 

Senarai Kereta Sewa Alor Setar selain alza boleh ke Senarai Kereta dan Harga

0 comments:

Post a Comment