Kereta Sewa Alor Setar

Kereta Sewa Alor Setar ialah halaman web untuk mempromosikan perkhidmatan kereta sewa di Alor Setar, Kedah. Kami merupakan wakil penyewa kereta sewa di Alor Setar, Kedah.

Kami menyediakan Perkhidmatan Kereta Sewa untuk pelanggan samada individu atau korporat, tempatan mahupun antarabangsa di seluruh daerah di Alor Setar. Kereta sewa kami boleh disewakan secara harian, mingguan mahupun bulanan.






Sunday, April 30, 2017

Khidmat Sewa Bas Di Alor Setar Kedah

BAS!! BAS!! OHH BAS ALOR SETAR!!

Hendak bercuti satu keluarga, tetapi masalah pengangkutan! Hendak pergi rombongan ke majlis perkahwinan, tetapi masalah pengangkutan!! Hendak pergi rombongan bersama ‘geng-geng’ kampung pun masalah pengangkutan!!  Jangan risau, small matter mat salleh kata. Syarikat kami ada menyediakan apa sahaja jenis kenderaan untuk disewa. Dari sekecil-kecil viva hingga sebesar-besar bas.



BAS UNTUK DISEWA DI ALOR SETAR KEDAH

Kalau la aku ada bas, senang nak bawak family bercuti”.

Rombongan pengantin nanti kami cuma dapat bawak 11 orang saja sebab tak muat kereta”.

Cik Kiah merajuk katanya kita tak bawak dia dan keluarga ikut kita bercuti”.



Keluhan-keluhan yang biasa didengar. Kami sangat memahami masalah yang dihadapi dan izinkan kami membantu anda. Syarikat Ridho Travel & Tour bukan sahaja menyediakan perkhidmatan Sewa Kereta di Alor Setar. Tetapi pihak kami juga mampu menyediakan bas untuk disewa bagi memudahkan perjalanan anda. Segala masalah anda akan dapat diatasi!





KESELESAAN ANDA KEUTAMAAN KAMI

“Yeke ni Ridho Travel & Tour boleh sewa bas? Entah-entah bas yang diberi sewa tu asyik tersedut-sedut macam siput sedut”.

Jangan risau sama sekali. Pelanggan yang disayangi, keselesaan anda keutamaan kami. Syarikat kami berani memberi jaminan atas keselesaan kenderaan yang disewa oleh pelanggan kami. Begitu juga dengan bas sewa kami yang sangat selesa dan tip top lagi keadaannya. Keluasan dalamannya memudahkan pergerakan anda di dalam bas. Kerusi yang selesa akan membuatkan anda bertambah selesa ketika terlena. In Sha Allah!





SEWA BAS DI ALOR SETAR KEDAH SEKARANG!!

Haa…. Masih nak buat kira-kira lagi ke adik, abang, kakak sayang? Anda boleh membawa keluarga melancong ke mana sahaja tanpa sebarang masalah. Tak perlu nak bersempit-sempit dalam kereta kecil semata-mata nak bawa seluruh ahli keluarga bercuti ke tempat-tempat menarik di Alor Setar.

“Baih ni untuk round Loq Staq jak ka? Nak pi tang lain bulih dak?"

Awat? Risau? Bukan setakat Loq Staq je anda boleh round, malah ke seluruh Malaysia tidak kira sebelah Timur, Barat dan Selatan. Sewa dan pandu sahaja.


ORANG KEDAH, ALOR SETAR, SUNGAI PETANI, GURUN, KULIM, DAN KAWASAN YANG SEWAKTU DENGANNYA


 SEWA BAS DI SUNGAI PETANI

Dengar bebaik ye untuk mereka-mereka yang berada di kawasan yang dinyatakan. Ridho Travel & Tour memberi sedikit keistimewaan kepada anda. Apa istimewanya? Anda tidak perlu bersusah payah datang ke tempat kami untuk menaiki bas sewa dan menuju ke lokasi percutian anda. TETAPI kami yang akan menawarkan diri pandu bas sewa dan menjemput anda untuk menuju ke lokasi yang anda inginkan! Satu lagi kemudahan yang kami sediakan untuk pelanggan kami.

Pemandu bas kami merupakan pemandu yang sama hebatnya dengan waze yang anda guna untuk menuju ke sesuatu tempat. Sekadar perumpaan. Smile. Ke mana sahaja yang anda ingin pergi, pemandu kami akan tahu cari jalan untuk menuju ke destinasi tersebut. Anda hanya diminta bertenang dan relax di dalam bas sehingga sampai ke lokasi.


KERETA SEWA ALOR SETAR YANG LAIN?? ADA…..

Eh...Eh...Ehhhh.... Jangan susah hati. Takkan kami punya khidmat sewa bas semata-mata. Cer baca signbord syarikat kami balik - "Kereta Sewa Alor Setar"- Dah tentu-tentu keretanya ada untuk disewa. Bermacam-macam jenis kereta yang kami tawarkan untuk disewa. Kereta mewah turut disediakan bagi pengguna kami yang dari kalangan VIP atau VVIP. Sesiapa pun boleh menyewa!  Harganya pula? Kami meletakkan harga sewa mampu milik untuk pelanggan kami.







JENGUK TESTIMONI HAT ADA!

Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang. Kalau tidak ada yang berpuas hati, takkan orang nak bercerita tentang kami. Ye dak? Feedback yang positif semestinya! Nah, kami belanja gambaq dan testimoni sekeping dua! Antara pelanggan yang menggunakan khidmat kami.





 Cer teka la sapa depa ni. Malas la kami nak bagitau......😉


 Yang ni? Baca la nama depa tu....takkan tak kenai ye dak?😁




Hat ni kami nak senyum jak laa...😊 #awesome #goodservice



 DAH BOLEH BOOKING? SILALAH....

Mesti masing-masing dah merancang percutian untuk cuti sekolah nanti kan? Booking terus kenderaan dengan kami. Bagi peluang kepada kami untuk memberi kepuasan percutian kepada anda! Berbaloi-baloi!😊 Call 017-400 8804

Wednesday, April 26, 2017

SEMPADAN INDONESIA DAN MALAYSIA - SARAWAK = SERIKIN

SERIKIN merupakan salah satu tempat tumpuan pelancong sekiranya mereka datang ke Kuching, Sarawak. Hal ini demikian kerana, setiap kali hujung minggu iaitu hari Sabtu dan Ahad pengunjung dapat melihat keunikan pasar minggu yang ada di sini. Kedudukannya yang terletak di daerah Bau dan bersempadan dengan Kalimantan, Indonesia menjadikan pasar minggu Serikin ini sangat istimewa. Sangat unik! Perjalanan ke sana hanya mengambil masa kurang daripada 2 jam dari Kuching. Sambil menyelam minum air, pengunjung juga boleh melawat beberapa jenis gua yang terdapat berhampiran dengan Pasar Serikin iaitu Gua Angin dan Gua Pari.

Tiba di satu simpang terakhir ke Serikin, pengunjung akan melihat satu gua yang digunakan untuk upacara kaum Budha. Ramai juga pengunjung akan singgah sebentar sekadar untuk mengambil gambar sebagai kenangan.

Tempat Menarik di Serawak



Pondok Polis Serikin dan Jabatan Imigresen Malasysia menjadi ‘landmark’ bahawa pengunjung hampir tiba di Pasar Serikin.



Setibanya pengunjung di sana, mereka dapat melihat pelbagai jenis barangan yang dijual. Deretan kedai lurus sehingga ke hujung jalan. Agak memenatkan kerana pengunjung terpaksa berjalan kaki untuk melihat pelbagai jenis barangan yang dijual. Tetapi ini merupakan satu pengalaman yang menyeronokkan! Kebanyakan peniaga merupakan orang tempatan tetapi juga ada yang datang dari sempadan Indonesia semata-mata untuk berniaga di Pasar Serikin ini.



Tikar Sarawak dan barangan kraf tangan hasil titik peluh penduduk tempatan merupakan salah satu barangan yang laku keras di sini. Tikar Sarawak merupakan salah barangan yang sangat sinonim dengan hasil industri yang terdapat di Sarawak. Tikar Sarawak sangat kukuh dan tahan lasak kerana diperbuat daripada dua jenis bahan iaitu rotan dan kulit kayu. Pengunjung kebanyakannya akan membeli tikar ini sebagai tanda kenangan mereka. Bagaimana mahu membawa gulungan tikar ini pulang? Jangan khuatir, tikar Sarawak ini boleh dilipat dan dimasukkan ke dalam guni untuk memudahkan pengunjung memilikinya. Unik bukan? Memang itulah keunikannya. Harganya pula berbeza-beza mengikut saiz sehingga boleh mencecah kepada harga RM500.  Tidak rugi untuk memilikinya.





Pelbagai jenis kraftangan yang lain turut dijual di Pasar Serikin ini. Antaranya seperti tudung saji, bakul, kerusi, beg, dan sebagainya yang diperbuat hasil daripada anyaman. Selain itu, bingkai ayat al-Quran yang dihasilkan dengan menggunakan kulit binatang turut dijual di sini. Harga yang diletakkan tidak pula terlalu mahal sekiranya pengunjung pandai tawar-menawar.




Bagi kaum wanita pula, banyak barangan yang boleh dibeli untuk dibawa pulang. Pasar Serikin turut menyediakan pelbagai jenis kain pasang yang bersulam dengan pelbagai jenis corak serta warna yang menarik. Semakin banyak kain pasang yang pengunjung beli, semakin murah harga sepasang yang diletakkan oleh peniaga. Sangat berpuas hati kerana pengunjung dapat melihat, merasa, menyentuh sendiri kain pasang ini yang kebanyakannya sama dijual secara atas talian. Selain daripada itu, pelbagai jenis telekung sembahyang juga turut dijual di sini. Kain pasang dan telekung sembahyang merupakan barangan yang dibawa masuk daripada Indonesia.



Kain batik Sarawak juga merupakan salah satu barangan yang paling laris dijual di sini. Kebanyakan pengedar batik Sarawak yang membekalkan kain batik ke Semenanjung akan mendapatkan bekalan kain batik di sini secara borong. Kain batik Sarawak ini juga banyak dihasilkan di Indonesia dan dibawa masuk ke sempadan untuk diniagakan.


Pasar Serikin juga mempunyai pelbagai lagi jenis barangan seperti baju, beg, kasut dan sebagainya. Walaupun barangan yang dijual tidaklah berjenama seperti yang terdapat di pusat beli belah, tetapi memadai dengan harga yang ditawarkan. Nang sik rugi gilak mun kitak beli barang ya! (memang tidak rugi kalau anda membelinya)

Tempat Membeli Belah di Serawak







Pasar Serikin sememangnya tempat yang wajib untuk dikunjungi oleh para pelancong yang datang ke Sarawak. Sekiranya anda datang ke sini, anda dinasihatkan dan digalakkan untuk sampai seawal mungkin sekiranya tidak mahu bersesak dan menghadapi masalah parkir kereta. Kedudukan pasar ini yang berada di garisan khatulistiwa menyebabkan panas terik pada waktu tengah hari. Oleh yang demikian, pengunjung perlulah pandai mengatur masa terutamanya bagi pengunjung yang membawa anak-anak kecil.

Saturday, April 8, 2017

Sewa Kereta Proton Saga Flx di Alor Setar Kedah


 Kereta Sewa Proton Saga Flx di Alor Setar Kedah

Kami menawarkan kereta sewa protona saga flx di alor setar kedah kepada sesiapa sahaja yang memerlukan kenderaan untuk disewa dikawasan alor setar. Sekiranya anda ingan sewa kereta saga flx di alor setar tujuan kerja atau kenduri boleh hubungi kami di talian 017-400 8804

Kereta Sewa Paling Murah di Kedah

Kereta proton saga flx adalah sebuah kereta sewa sedan yang paling murah dan selesa dengan keluasan boleh memuatkan 5 orang dewasa dan memiliki tempat letak beg dan barang yang luas untuk membawa barang keperluan balik kampung atau pergi bercuti

Kenapa perlu sewa kereta proton saga Flx?

Kereta proton saga flx didatangi dengan gear auto cvt untuk membuatkan petrol menjadi lebih jimat dan berbaloi untuk perjalanan yang jauh. dan harga sewa yang begitu murah dan menjimatkan

Kereta Sewa Saga FLX Auto di Alor Setar

Harga Keret Sewa Proton Saga FLX Auto
Sehari RM140
Seminggu RM840
Sebulan RM2100

Untuk senarai kereta sewa dan harga boleh lihat di Senarai Harga Kereta Sewa Alor Setar