Kereta Sewa Alor Setar Kedah

Syarikat Kereta Sewa Terbesar di Kedah

Kereta Sewa Airport Alor Setar

Kami ada menyediakan pelbagai jenis kereta sewa di Alor Setar Airport

Kereta Sewa Alor Setar Kedah

Syarikat Kereta Sewa Terbesar di Kedah

Kereta Sewa Alor Setar Kedah

Syarikat Kereta Sewa Terbesar di Kedah

Kereta Sewa Alor Setar

Kereta Sewa Alor Setar ialah halaman web untuk mempromosikan perkhidmatan kereta sewa di Alor Setar, Kedah. Kami merupakan wakil penyewa kereta sewa di Alor Setar, Kedah.

Kami menyediakan Perkhidmatan Kereta Sewa untuk pelanggan samada individu atau korporat, tempatan mahupun antarabangsa di seluruh daerah di Alor Setar. Kereta sewa kami boleh disewakan secara harian, mingguan mahupun bulanan.






Tuesday, February 25, 2014

SENI DAKWAH NABI IBRAHIM


-BAHAGIAN 1 (KETIKA BERSAMA BAPANYA)

Ketika sedang membaca surah Maryam, minda tiba-tiba terpaku ketika sampai pada ayat 42 berkenaan dialog Nabi Ibrahim dan bapanya Azar.

Firman Allah SWT:
إِذْ قَالَ لِأَبِيهِ يَا أَبَتِ لِمَ تَعْبُدُ مَا لَا يَسْمَعُ وَلَا يُبْصِرُ وَلَا يُغْنِي عَنْكَ شَيْئًا

Ketika ia berkata kepada bapanya:" Wahai ayahku, mengapa ayah menyembah benda yang tidak mendengar dan tidak melihat serta tidak dapat menolongmu sedikitpun?

Nabi Ibrahim mulakan bicara dengan bahasa seorang anak yang begitu baik dengan seorang bapa. Tuturnya disusun dari hati ke hati. Walaupun bapanya jelas kufur, itu bukan alasan untuk beliau bersikap kurang adab dengannya. Panggilan manja 'wahai ayahku' membuktikan Nabi Ibrahim masih mengaku dia seorang anak.

Nabi Ibrahim mengajukan soalan mengajak bapanya berfikir, dan bukan dengan bahasa yang terus melabel. Soalannya persis anak manja yang bertanya mengharap si ayah menjelas kekusutan yang ditimbul.

Seterusnya pada ayat 43:
يَا أَبَتِ إِنِّي قَدْ جَاءَنِي مِنَ الْعِلْمِ مَا لَمْ يَأْتِكَ فَاتَّبِعْنِي أَهْدِكَ صِرَاطًا سَوِيًّا

" Wahai ayahku, sesungguhnya telah datang kepadaku dari ilmu pengetahuan yang tidak pernah datang kepadamu oleh itu ikutlah daku; aku akan memimpinmu ke jalan yang betul.

Si anak terus memujuk bapanya. Panggilan wahai ayah sekali lagi diulang tanda pengiktirafan hubungan mereka. Nabi Ibrahim tidak menyatakan bahawa ayah telah sesat, atau ayah salah. Tapi dia memberitahu bahawa saya ada sedikit ilmu yang mungkin ayah tiada.

Bahasa ini secara mafhumnya menyatakan ayahnya tidaklah bodoh darinya. Memang ayah lebih banyak tahu dan pengalaman darinya. Tapi dari satu sudut, mungkin ada perkara yang ayah masih belum tahu. 

Bahasanya sungguh berlapik dan beradab. Sememangnya para Nabi tidak pernah celupar dalam berdakwah. Mereka insan terpilih untuk menjadi role model islam yang hakiki.

Seterusnya disambung ayat 44:
يَا أَبَتِ لَا تَعْبُدِ الشَّيْطَانَ ۖ إِنَّ الشَّيْطَانَ كَانَ لِلرَّحْمَٰنِ عَصِيًّا

" Wahai ayahku, janganlah ayah seolah-olah menyembah Syaitan, sesungguhnya Syaitan itu adalah penderhaka kepada Allah yang melimpah-limpah rahmatNya."

Nabi Ibrahim menunjukkan kesesatan ini berlaku bukan salah ayah, tapi salah syaitan. Dia menyatakan yang syaitan sememangnya jahat, mengingkari suruhan Allah termasuk dalam bab menghasut manusia jauh dari fitrah. Sedangkan ayah hanya mangsa keadaan.

Nabi Ibrahim terus merayu dalam ayat 45

يَا أَبَتِ إِنِّي أَخَافُ أَنْ يَمَسَّكَ عَذَابٌ مِنَ الرَّحْمَٰنِ فَتَكُونَ لِلشَّيْطَانِ وَلِيًّا

" Wahai ayahku, sesungguhnya aku bimbang bahawa ayah akan ditimpa azab dari (Allah) Ar-Rahman disebabkan ayah menyembah yang lainnya; maka dengan sebab itu akan menjadilah ayah rakan bagi Syaitan di dalam neraka".

Bahasa anak-ayah masih diulang-ulang bagi melembutkan hati seorang ayah. Ayah mana tak sayang anaknya. Nabi Ibrahim menunjukkan betapa sayang beliau pada ayah sehingga takut kalau-kalau azab Allah terkena pada ayah. Dia tidak menggunakan bahasa ugut seperti "Kalau ayah masih kufur,ayah akan masuk neraka."

Namun si ayah yang kufur itu menjawab seperti FirmanNya ayat 46:
قَالَ أَرَاغِبٌ أَنْتَ عَنْ آلِهَتِي يَا إِبْرَاهِيمُ ۖ لَئِنْ لَمْ تَنْتَهِ لَأَرْجُمَنَّكَ ۖ وَاهْجُرْنِي مَلِيًّا

(Bapanya) menjawab: "Adakah kamu sedang membencikan tuhan-tuhanku, wahai Ibrahim? Demi sesungguhnya jika engkau tidak berhenti daripada menyeru dan menasihati daku sudah tentu aku akan merejammu; dan pergilah engkau dariku jauh-jauh".

Si ayah masih tertutup hatinya walau dirayu sedemikian rupa.

Jawab Nabi Ibrahim lembut (ayat 47):
قَالَ سَلَامٌ عَلَيْكَ ۖ سَأَسْتَغْفِرُ لَكَ رَبِّي ۖ إِنَّهُ كَانَ بِي حَفِيًّا

Nabi Ibrahim berkata: " Selamat tinggal ayah; aku akan memohon kepada Tuhanku mengampuni dosa ayah; sesungguhnya Ia sentiasa melimpahkan kemurahan ihsanNya kepadaku.

Si anak langsung tidak terasa hati dan menyimpan dendam walaupun dihalau sedemikian rupa oleh ayah. Membuktikan islam bukanlah penyebab kehancuran institusi kekeluargaan.

Lebih dari itu, bapanya sentiasa tercatat dalam doanya siang malam membuktikan ketulusan hati si anak. Benar sekali kerja merubah hati seorang yang telah lanjut usianya amat payah, lebih-lebih lagi jika yang menasihat itu lebih muda darinya. Sebab itu doa yang berterusan supaya kerja kita mendapat pertolongan dariNya.

Nabi Ibrahim menyambung dalam ayat 48:

وَأَعْتَزِلُكُمْ وَمَا تَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ وَأَدْعُو رَبِّي عَسَىٰ أَلَّا أَكُونَ بِدُعَاءِ رَبِّي شَقِيًّا

Dan aku akan membawa diri meninggalkan kamu semua serta apa yang kamu pohon selain dari Allah; dan aku akan memohon kepada Tuhanku; mudah-mudahan aku dengan permohonanku kepada Tuhanku itu tidak menjadi hampa".

Namun Nabi Ibrahim mengikut sahaja kehendak bapanya yang mahukannya pergi jauh. Selagi arahannya tidak bercanggah dengan islam, si anak wajib taat.

Walaupun dia tetap berpegang dengan kepercayaannya, tapi bahasanya tetap dijaga. Dia sebut "mudah-mudahan" walaupun sebenarnya memang berdoa pada tuhan itu bukan sesuatu yang sia-sia, kerana berlapik dengan kekerasan ayahnya. 

Kalau masing-masing berkeras, tiada siapa akan menang. Semua akan hancur. Tapi kalau sebelah pihak berlembut, dia pasti akan menang, walaupun lambat. Air yang menitik di atas batu lama-kelamaan bisa membentuk lekukan pada batu tersebut.

Kalau dengan ayah yang kufur pun Nabi Ibrahim masih berlembut, apalah sangat ibubapa kita yang berkarat biru. Kata Dr Yusof al-Qardawi:
الإسلام أسير الإحسان..

Penulis - Alang Ibn Shukrimun

Monday, February 3, 2014

Sewa Kereta Kawasan Alor Setar Kedah

Kami menyediakan Perkhidmatan Kereta Sewa kawasan Alor Setar Kedah dan Kami juga menyediakan perkhidmatan untuk menghantar terus kereta sewa ke lokasi anda.

Alor Setar Airport, Shahab Perdana, Mergong,Kuala KedahJitra, Changlun, Yan, Gurun, Pendang, Sungai Petani dan sebagainya.

Kami seidakan pelbagai jenis kereta sewa MPV, Sedan, Van dan Bas pon ada untuk di sewa di kawasan alor setar kedah, Untuk booking boleh hubungi kami di talian 017-4008804

Untuk senarai harga boleh tengok di > Kereta Sewa Alor Setar Kedah 


Saturday, January 18, 2014

Kereta Sewa Alor Setar Airport



Kereta Sewa di Airport Alor Setar - Kami menyediakan perkhidmatan penghantaran kereta terus ke lokasi anda di sekitar Alor Setar. seperti Airport Alor Setar, Stesyen Bas Shahab Perdana, Jeti Kuala Kedah, Alor Setar Mall dan lain-lain.

Kami ada pelbagai jenis kereta untuk disewakan di Aiport Alor Setar. Boleh lihat senarai kereta dan harga di bahagian >> Senarai Kereta Sewa di Alor Setar Airport

Untuk Booking boleh ke >> Cara Booking Kereta di Alor Setar