Kereta Sewa Alor Setar Kedah

Syarikat Kereta Sewa Terbesar di Kedah

Kereta Sewa Airport Alor Setar

Kami ada menyediakan pelbagai jenis kereta sewa di Alor Setar Airport

Kereta Sewa Alor Setar Kedah

Syarikat Kereta Sewa Terbesar di Kedah

Kereta Sewa Alor Setar Kedah

Syarikat Kereta Sewa Terbesar di Kedah

Kereta Sewa Alor Setar

Kereta Sewa Alor Setar ialah halaman web untuk mempromosikan perkhidmatan kereta sewa di Alor Setar, Kedah. Kami merupakan wakil penyewa kereta sewa di Alor Setar, Kedah.

Kami menyediakan Perkhidmatan Kereta Sewa untuk pelanggan samada individu atau korporat, tempatan mahupun antarabangsa di seluruh daerah di Alor Setar. Kereta sewa kami boleh disewakan secara harian, mingguan mahupun bulanan.






Showing posts with label Alor Setar Car Rental. Show all posts
Showing posts with label Alor Setar Car Rental. Show all posts

Thursday, July 14, 2022

Sewa Kereta SUV Aruz Baru di Alor Setar


Sewa Kereta SUV di Alor Setar

Sehingga kini, perodua Aruz merupakan antara model kereta SUV yang sesuai untuk mereka yang mempunyai keluarga besar. Aruz turut dilengkapi dengan enam beg udara dan generasi kedua Advanced Safety Assist atau A.S.A 2.0 


Perodua Aruz Mempunyai 7 tempat duduk

Harus diketahui, Aruz bukanlah sebuah MPV  seperti Proton Exora, Toyota Innova dan ia terletak dalam segmen SUV tujuh tempat duduk.

Berdasarkan pengalaman pandu uji, Aruz sangat selesa untuk dinaiki empat penumpang dewasa. Lagi dua tempat duduk di barisan ketiga pula selesa untuk digunakan oleh kanak-kanak.

Ruang simpanan juga terhad dan ini boleh diatasi dengan melipat terus kerusi baris ketiga. Apabila kerusi baris ketiga dilipat pelbagai muatan boleh diisi seperti basikal, bakul kain, perabot IKEA, pasu bunga dan sebagainya.

Berdasarkan gaya hidup rakyat Malaysia, jarang kerusi ketiga digunakan untuk diisi penumpang dewasa kecuali dalam keadaan kecemasan sahaja. Jika balik kampung, biasanya kerusi baris ketiga dilipat untuk diisi beg, bantal dan sebagainya. Anak-anak boleh duduk selesa di kerusi baris kedua.


Ranting Keselamatan 5 Bintang NCAP

Kelengkapan standard Aruz terdiri daripada enam beg udara, Kawalan Penstabilan Elektronik (ESC), amaran tali pinggang keledar penumpang depan dan belakang, ISOFIX dan cangkuk top tether untuk kerusi kanak-kanak. 

Sebagai tambahan, Aruz AV dilengkapi Brek Kecemasan Autonomi (AEB) dan Amaran Pelanggaran Depan (FCW). Dengan markah keseluruhan 86.49 poin, Aruz layak untuk menerima rating 5 Bintang ASEAN NCAP.

Friday, October 4, 2019

Dhuha Homestay Alor Setar - Berhadapan Sungai Kedah

Homestay Alor Setar Kedah

Penginapan homestay yang luas, bersih dan selesa berserta penghawa dingin dengan harga bajet pastinya menjadi pilihan ramai pengembara masa kini.


Kedudukannya yang sangat strategik, Dhuha Homestay terletak berhadapan Sungai Kedah pastinya akan memberikan suasana nyaman dan harmoni dengan angin sepoi-sepoi bahasa kepada tetamu yang memilih untuk menginap disini. Pada waktu pagi dan petang akan kelihatan pengunjung berjoging dan bersiar-siar di sini.




Dhuha Homestay merupakan rumah semi D setingkat dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air yang dilengkapi penghawa dingin di setiap bilik dan ruang tamu. Ruang makan dan ruang tamu yang sangat luas membuatkan tetamu merasa bebas untuk bergerak apatah lagi jika membawa bersama anak-anak yang masih kecik atau kanak-kanak. Tempat letak kereta pula berbumbung dan kawasan parking di hadapan rumah yang luas memudahkan tetamu yang datang lebih dari sebuah kenderaan. Dengan harga yang sangat jimat dan berbaloi untuk penginapan bertaraf hotel mewah, Dhuha homestay merupakan penginapan yang tepat untuk anda sekeluarga jika singgah di Alor Setar. 


Untuk  makluman semua, jeti K.Kedah juga terletak tidak jauh  dari Dhuha Homestay iaitu hanya 11km. Jadi, bagi pelancong yang ingin ke Pulau Langkawi dan mencari penginapan sebelum menaiki feri bolehlah cuba menginap di sini. Begitu juga bagi pelancong yang baru tiba di jeti k.kedah dan ingin merehatkan diri sebelum meneruskan perjalanan pulang.



Kedudukan Dhuha Homestay yang berdekatan pusat bandar Alor Setar dan pelbagai jenis kemudahan lain yang memang menjadi pilihan pencarian pengembara semasa mengembara menambahkan lagi keistimewaan Dhuha Homestay.

Antara kelebihan Dhuha Homestay Alor Setar Kedah:
✔️3 Bilik Tidur berhawa dingin dengan tilam bersaiz queen dan 2 Bilik Air yang selesa
✔️3 ruang besar yang berasingan iaitu ruang tamu yang luas berserta penghawa dingin, ruang makan dan ruang dapur
✔️Max 8 orang dewasa demi menjaga kualiti homestay
✔️Mempunyai kelengkapan perabot yang lengkap serta perkakas memasak
✔️Jaminan harga yang paling rendah bagi  homestay yang sama saiz tetapi bertaraf hotel








Lokasi Dhuha Homestay Alor Setar Kedah:
- 3 minit ke pasar raya C-MART
- 3 minit ke 7 eleven
- 3 minit ke Shell
- 3 minit ke Marrybrown
- 5 minit ke Petron
- 5 minit ke Tesco
- 5 minit ke Secret Recipe
- 8 minit ke Aman Central
- 8 minit ke menara Alor Setar
-10 minit ke Pekan Rabu
- Homestay ini mengadap sungai, hanya beberapa langkah sahaja untuk ke sungai dan taman permainan








Kelengkapan penting yang disediakan Dhuha Homestay Alor Setar Kedah:
❣️ Penghawa dingin pada semua bilik dan juga ruang tamu
❣️ Katil bersaiz queen dan 4 biji bantal di semua bilik
❣️ 2 toto tambahan
❣️ Mesin basuh dan dan penyidai serta ruang  menjemur yang luas
❣️ Iron dan iron board
❣️ Pengering rambut
❣️ Pintu pagar Auto Gate 
❣️ Periuk nasi
❣️ Dapur gas
❣️ Television
❣️ Sofa
❣️ Astro njoi
❣️ Meja makan
❣️ Sabun mandi
❣️ Tuala yang tebal
❣️ Peti ais
❣️ Buaian di halaman luar
❣️ Meja dan kerusi di halaman luar





Tempat makan menarik berdekatan Dhuha Homestay Alor Setar Kedah:

Sarapan
1- Roti celaru
2- Roti jala stadium
3- Restoran mee abu
4-Restoran mee kamal
5- Roti dool mee syam

Makan tengahari
1- Top ikan bakar
2- Cafe adik abang
3- Nasi arab puji
5- Kak Yong gulai temenung

Makan malam
1- Restoran Ikan Bakar Anjung kuala
2- Selera d'limau purut
3- Nasi Kandar yasmeen
4- Nasi lemak royale

Restoran terkenal yang terletak tidak jauh dari Dhuha Homestay Alor Setar Kedah:

1-Subway
2-Seoul Garden
3-Secret Recipe
4-McD
5-KFC
6-Pizza Hut
7-Starbucks
8-Marrybrown
9-Dominos Pizza

Testimoni tetamu yang telah menginap di Dhuha Homestay Alor Setar :


                   
                       
      
                     
          
                  
                
                 
         


Kemudahan bank dan ATM: 
♦️ Cimb
♦️ Maybank
♦️ Bank Islam
♦️ Maybank

Tempat membeli belah:
1-Aman Central
2-Pekan Rabu
3-Cmart
4-Tesco

Harga: 
Check-in Ahad hingga Khamis RM199*
Check-in Jumaat atau Sabtu RM230*
*Harga tertakluk pada perubahan.

Tuesday, January 23, 2018

Tulislah Kerana Allah


Tulisan Disetiap Sudut

Zaman ni ramai sangat yang suka menulis kan? menulis disetiap penjuru dari atas kertas ke media sosial... 
tapi apakah yang ditulis?
Adakah penulisan kita tidak menyakiti?
Adakah tulisan kita tiada unsur fitnah sesama sendiri atau orang yang tak dikenali?

Jom muhasabah...
Kalau nk story about menulis dikertas rasanya masih selamat lagi sekarang... tapi  kalau kita keluar sikit , moden sikit dari menulis dikertas iaitu ke media sosial....haaa isu ini mungkin serius sikit.


Ok,
Sekarang ni musim like and share... segala akan di sharing lebih2 lagi dimedia sosial yang paling meluas difacebook dan aplikasi whatsapp.

Dulunya facebook ni admin ingat mula2 admin belajar sign up... facebook ni jadi medan jumpa kawan2 lama je,untuk tanya kabar dan letak kata2 biasa2 je... tapi lama2 pandai try2 tulis menulis apa yang dihati, tulis segala hal yang terjadi... pastu mula berjinak2 kongsi ilmiah yang dapat...mcm tu aje.



Whatsapp pon begitu juga, sekadar jadi medium chating ngan kawan2 tanpa kredit, ganti SMS. (padahal guna juga duitnya nk topup internetnya...huhu) 

Tapi aplikasi whatsapp dan Facebook kini dah lebih hebat, ia sudah pun berjaya menjadi medium untuk mengetahui segala maklumat setanding dengan aplikasi lain yang lebih awal diperkenalkan dari kedua ni tau !

Segala Maklumat Melalui Tulisan

Saingan dengan blog dan web sendiri pun tak kurang hebat juga... FB dan WhatApp ni kan? dulu kita cari maklumat klik link pautan ke web atau blog.
tapi sekarang kita just taip dekat search yang ada dekat app facebook. Semua boleh jumpa disitu. Boleh dikatakan terlalu bnyak informasi dari facebook. Search aje segalanya disana.

Tengok lah web mana pon blog apa sekalipun pautannya pasti dipaut dengan facebook, atau facebook yang memaut link nya.


Whatsapp pula, ada yang suka tulis2 pastu minta orang sebar dengan caption hujung “mohon share”. Hingga apa yang ditulis tersebar ke beribu2 nombor malah berjuta2 penguna applikasi tu dapat menerima tulisan yang hasil dari ideanya.

Itu tak mengapa...cuma admin ingin ketengahkan hal tulisan yang ada.


Semua Suka Menulis

Perhatikan... bila semua minat nak menulis , bila ada medium terdedah yang pura2 tertutup sebab rasa orang tak kenali penulis ini kat mana wujudnya. Ramai yang dah mula ambil bahagian menulis. 
Dari mereka yang tak pandai nak tulis apa pun sebelum ni jadi menulis juga kan? 
Sebb itu paling2 kurang tulisan di facebook dan whatsaapp ni... biasanya lalu kat wall... “Assalamualaikum semua...”  Atau tanda emoji reaction smile ke sad ke sebijik...kan?
Namun semua tu tergolong dalam tulisan. 


Sebab itu lah, Segala jenis tulisan ada kat sana.
Dari tulisan hal utamanya utk sosial, ke politik, dakwah,ilmiah ,iklan dan niaga, hingga ke umpat keji, caci fitnah...sindir menyindir , sentap mnyentap...  Allahu... Astagfirullah.

Sedar tak kita semua kerana segala tulisan ini, ramai yang bergaduh kerana seayat tulisan.  Yang bercerai - berai kerana sedikit huruf yang ditulis dan disebar, bergaduh sesama saudara tak kurang banyaknya.

Haaaa.......inilah kuasa tulisan...

Apa Yang Anda Tulis ?


Jaga-jaga sahabat. 
Kebaikan yang kita tulis kebajikan yang kita dapat tapi kalau kejahatan yang kita tulis dosa yang kita angkat.

Pahala dan dosa ini kedua-duanya boleh jd jariah tau.

Kalau kita post sesuatu yang baik, InsyaAllah tulisan kebaikan yang kita tulis itu orang lain ikut sama, kita pun akan dapat pahala...tapi kalau tulisan kita tulisan tidak baik?
Apa akan akan jadi?



Kita makan, kita tengah minum, tengah tidur, tengah gembira-gembira...
Dosa kita dicatat kerana secebis tulisan kita yang jahat.
Setiap sebaran yang disebar, setiap kejahatan yang diikut, ditiru kerana tulisan jahat kita kita dapat kumpul dosa secara saham...
Nauzubillah.


Jadi semua kita yang pandai menulis membaca ni, timbang2kan setiap ayat yang nak disampaikan. 
Fikir dulu sebelum tulis dan sebar. 
Apa kebaikan? Apa keburukan jika aku sebar.
Nak jadi penulis, boleh...menulislah... itu satu pekerjaan mulia...
Tapi tulislah dengan jiwa yang takutkan Tuhan yang maha Melihat segalanya. Sebab segala akan dihisan dikira perbicraan diakhirat nanti. 

Kerana tulisan boleh kekal berzaman, mungkin kita sudah tidak ada lagi didunia, tulisan kita masih dibaca diikut.

Pesan Saidina Ali R.A



Dan bagi semua yang suka menulis,
Ingat selalu kata2 Saidina Ali R.A ;

"Semua penulis akan meninggal dunia kecuali tulisannya, maka tulislah sesuatu yang akan membahagiakanmu di akhirat nanti..."

Semoga diberi rasa gemar menulis kebaikan dan rasa gerun untuk menulis kejahatan... 


Sunday, March 5, 2017

Sewa Vellfire di Alor Setar

Sesudah solat subuh tadi kami bergegas ke Hotel Grand Alora Alor setar untuk membawa costumer vip yang menyewa kereta vellfire serta pemandu untuk menuju ke airport alor setar kedah pagi ini,

Kereta Sewa Vellfire di Alor Setar Airport 

Sewa Vellfire Sekali Pemandu di Alor Setar - Mereka datang alor setar untuk menonton perlawan bola Kedah Vs Melaka di stadium alor setar semalam secara live di depan mata dengan penuh bersemangat.

Sewa Vellfire di Alor Setar Hotel


 Kami menyediakan penghantaran kereta ke depan pintu hotel di seluruh alor setar kedah bagi memudahkan costumer mengambil kereta dan menjadikan satu pengalaman manis bercuti di kedah


Kami dari syarikat Ridho Travel & Tours Sdn Bhd mnyediakan kereta sewa yang baru sahaja. Kereta sewa kami semuanya tidak melibih dari 5 Tahun.


Macam mana nak booking kereta sewa di alor setar?
Untuk bookig kereta sewa di alor setar online boleh ke website kami www.ridhotravel.my dan sekiranya ingin booking melalui sms whatsapp boleh ke bahagian Tempahan kereta sewa alor setar

Kami juga sediakan servis delivery kereta sewa ke jitra , sungai petani , gurun , pendang , changlun , perlis , arau , dan sekitar negeri kedah dan juga seluruh negeri perlis

Wednesday, March 1, 2017

Kereta Sewa Sekali Pemandu di Kedah

Lawatan Menteri Malaysia Ke Songla Thailand

Alhamdulillah selesai tugas kami bawa pihak kerajaan malaysia, menteri dan media pergi melawat ke songkla thailand..

Terima kasih kerana percayakan pihak kami untuk sediakan kenderaan 4 bijik vellfire beserta driver..

Kami mnyediakan servis sewa kereta beserta pemandu di seluruh alor setar kedah. sekiranya ingin menyewa kereta di utara ini boleh hubungi kami ditalian 017-400 8804




 Depan ofis kereta sewa alor setar kedah

Ketika di border bukit kayu hitam

 Tunggu polis thailand escort menteri malaysia

 Kedai makan halal di thailand