Kereta Sewa Alor Setar

Kereta Sewa Alor Setar ialah halaman web untuk mempromosikan perkhidmatan kereta sewa di Alor Setar, Kedah. Kami merupakan wakil penyewa kereta sewa di Alor Setar, Kedah.

Kami menyediakan Perkhidmatan Kereta Sewa untuk pelanggan samada individu atau korporat, tempatan mahupun antarabangsa di seluruh daerah di Alor Setar. Kereta sewa kami boleh disewakan secara harian, mingguan mahupun bulanan.






Wednesday, January 31, 2018

Sewa Kereta Myvi Baru 2018

Kami dari syarikat Ridho Travel & Tours ada sediakan khidmat Sewa Kereta Myvi Baru 2018 di Alor Setar Kedah dengan harga yang amat berpatutan, kami ada pelbagai warna yang cantik untuk dipilih mengikut citarasa pelanggan. Jangan lepas peluang untuk merasai pemanduan dengan Produa Myvi baru 201 

Telefon / WhatsApp : 017 – 4008804 | Link WhatsApp







Sunday, January 28, 2018

Resepi Kek Sunquick Mudah & Sedap


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum dan salam ceria Admin nak ucapkan kepada pembaca semua. Admin nak Tanya, ada tak pembaca2 yang suka makan Kek Sunquick dan sedang mencari resepi untuk buat sendiri?

Ok kalau ada, pembaca sangat bertuah sebab hari ni Admin nak kongsikan resepi Kek Sunquick yang selalu Admin buat. Ianya sangat mudah dan yang penting sedap rasanya. Kos pun murah sahaja.

Di bawah ni, Admin kongsikan resepi Kek Sunquick ya. Bahan2nya Admin bahagikan kepada dua bahagian, satu bahagian perlu diblendkan, dan satu bahagian lagi cuma perlu diayak.

1- Bahan blend
3biji  telur
1/2 cawan sunquick
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak
1sudu ovalette
1sudu esen vanilla

2- Bahan ayak
1  1/2cawan tepung gandum
1sudu kecil soda bikarbonat
1sudu kecil baking powder

Di bawah pula adalah cara2 untuk membuat Kek Sunquick yang sangat simple dan mudah ni:

1-Masukkan bahan2 blend dalam bahan ayak kemudian kacau rata.
2-Tuang dalam loyang yang di sapu planta.
3-Bakar 45minit, kalau nak kukus pun boleh.
4- Siap.

Ha inilah rupa Kek Sunquick yang telah siap dibakar. Pembaca semua boleh la cuba buat hari ni ikut resepi yang Admin kongsikan kat atas.


Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua dan terima kasih sudi singgah membaca di sini.

Tuesday, January 23, 2018

Resepi Nona Manis Pandang Tak Jemu

Resepi Nona Manis 


Kuih Nona manis sebenarnya baru je menular dilaman facebook dan diviralkan kesedapannya oleh rakyat Malaysia. Kuih Nona manis ini asalnya dari Indonesia. Rasa manis lemak nya dan rupa comelnya sesedap dan secantik namanya.


Untuk penyediaannya tidaklah susah sangat walau kelihatan agak rumit.
Kalau kita lihat pada kejadiannya kuih ini seakan akan kuih tepung pelita cuma kuih tepung pelita ia agak lembik dan ada air gula dibawahnya . 

Nona manis pula ia seakan kosui tapi tidaklah terlalu kenyal, dan putih ditengah sebagai inti itu adalah santan.
Ok untuk entry kali ni admin nak kongsikan resepi kuih Nona manis ni… admin dah cuba buat baru2 ni tau. Memang sedap. Anda mesti cuba.


Bahan-bahannya dikategori dengan 3 bahagian ; mudah nya saya guna A,B dan C. Ok jom...sediakan :


Bahan A


1 biji telur
1/2 cawan gula halus
1 cawan santan (guna santan KARA dia pekat anda campur air sikit jadikan ia 1 cawan)
1 cawan tepung gandum


Cara untuk bahan A :
- Pukul telur hingga kembang.
- Dalam bekas lain, satukan gula, tepung gandum dan santan, kacau rata.
- Seterusnya campurkan semua bahan dengan telur blender sekali lagi sehingga sebati.
- Sebati, ketepikan.


Bahan B


1/2 cawan santan pekat (saya guna santan KARA)
1/2 cawan air pandan
1/4 cawan gula halus
1/4 cawan tepung jagung
secubit garam
sedikit pewarna hijau apple

Cara untuk bahan B :
- Satukan semua bahan.
- Kacau sebati dan tapis (supaya tiada yang tidak hancur)
- Kemudian masak dengan api sederhana hingga ia meletup-letup, berkilat dan pekat.
- Biarkan sejuk.
- Campurkan adunan ini kedalam bahan A, blender sebati. Ketepikan.

inilah rupa selepas dimasak



Bahan C


1 kotak santan KARA (campurkan dengan sedikit air untuk dapatkan 1 cawan)
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam


- Satukan semua bahan C, kemuadian masak atas api sederhana sambil sentiasa kacau supaya tidak hangit hingga ia pekat dan agak-agak boleh di piping.
- Tunggu suam masukkan dalam piping bag.


Sementara itu kita panaskan dahulu pengukus.Balut tutup pengukus dengan kain supaya air pada tutupnya tidak menitis pada kuih. Sediakan acuan untuk kuih, admin guna acuan lompang yang kecil beli dekat kedai RM2 ECO. Jangan lupa oleskan acuan dengan sedikit minyak , tujuan agar tidak melekat.


Tuangkan adunan hijau dalam acuan hingga 3/4 cawan acuan. Kemudian paipkan adunan putih di tengah-tengah adunan hijau hingga adunan naik penuh. Susun dalam pengukus.
Kukus selama 7 ~ 10 minit. Angkat dan biarkan ia betul - betul sejuk sebelum di keluarkan dari acuan.



Dan taraaaaa… Sedia untuk dihidangkan sebagai juadah minum petang anda.
Cuba tau jangan tak cuba.


  • Sory setengah gambar tak sempat nak snap, jadi baca elok2 faham betul2 yek, selamat mencuba dan selamat menjamu selera :)

Tulislah Kerana Allah


Tulisan Disetiap Sudut

Zaman ni ramai sangat yang suka menulis kan? menulis disetiap penjuru dari atas kertas ke media sosial... 
tapi apakah yang ditulis?
Adakah penulisan kita tidak menyakiti?
Adakah tulisan kita tiada unsur fitnah sesama sendiri atau orang yang tak dikenali?

Jom muhasabah...
Kalau nk story about menulis dikertas rasanya masih selamat lagi sekarang... tapi  kalau kita keluar sikit , moden sikit dari menulis dikertas iaitu ke media sosial....haaa isu ini mungkin serius sikit.


Ok,
Sekarang ni musim like and share... segala akan di sharing lebih2 lagi dimedia sosial yang paling meluas difacebook dan aplikasi whatsapp.

Dulunya facebook ni admin ingat mula2 admin belajar sign up... facebook ni jadi medan jumpa kawan2 lama je,untuk tanya kabar dan letak kata2 biasa2 je... tapi lama2 pandai try2 tulis menulis apa yang dihati, tulis segala hal yang terjadi... pastu mula berjinak2 kongsi ilmiah yang dapat...mcm tu aje.



Whatsapp pon begitu juga, sekadar jadi medium chating ngan kawan2 tanpa kredit, ganti SMS. (padahal guna juga duitnya nk topup internetnya...huhu) 

Tapi aplikasi whatsapp dan Facebook kini dah lebih hebat, ia sudah pun berjaya menjadi medium untuk mengetahui segala maklumat setanding dengan aplikasi lain yang lebih awal diperkenalkan dari kedua ni tau !

Segala Maklumat Melalui Tulisan

Saingan dengan blog dan web sendiri pun tak kurang hebat juga... FB dan WhatApp ni kan? dulu kita cari maklumat klik link pautan ke web atau blog.
tapi sekarang kita just taip dekat search yang ada dekat app facebook. Semua boleh jumpa disitu. Boleh dikatakan terlalu bnyak informasi dari facebook. Search aje segalanya disana.

Tengok lah web mana pon blog apa sekalipun pautannya pasti dipaut dengan facebook, atau facebook yang memaut link nya.


Whatsapp pula, ada yang suka tulis2 pastu minta orang sebar dengan caption hujung “mohon share”. Hingga apa yang ditulis tersebar ke beribu2 nombor malah berjuta2 penguna applikasi tu dapat menerima tulisan yang hasil dari ideanya.

Itu tak mengapa...cuma admin ingin ketengahkan hal tulisan yang ada.


Semua Suka Menulis

Perhatikan... bila semua minat nak menulis , bila ada medium terdedah yang pura2 tertutup sebab rasa orang tak kenali penulis ini kat mana wujudnya. Ramai yang dah mula ambil bahagian menulis. 
Dari mereka yang tak pandai nak tulis apa pun sebelum ni jadi menulis juga kan? 
Sebb itu paling2 kurang tulisan di facebook dan whatsaapp ni... biasanya lalu kat wall... “Assalamualaikum semua...”  Atau tanda emoji reaction smile ke sad ke sebijik...kan?
Namun semua tu tergolong dalam tulisan. 


Sebab itu lah, Segala jenis tulisan ada kat sana.
Dari tulisan hal utamanya utk sosial, ke politik, dakwah,ilmiah ,iklan dan niaga, hingga ke umpat keji, caci fitnah...sindir menyindir , sentap mnyentap...  Allahu... Astagfirullah.

Sedar tak kita semua kerana segala tulisan ini, ramai yang bergaduh kerana seayat tulisan.  Yang bercerai - berai kerana sedikit huruf yang ditulis dan disebar, bergaduh sesama saudara tak kurang banyaknya.

Haaaa.......inilah kuasa tulisan...

Apa Yang Anda Tulis ?


Jaga-jaga sahabat. 
Kebaikan yang kita tulis kebajikan yang kita dapat tapi kalau kejahatan yang kita tulis dosa yang kita angkat.

Pahala dan dosa ini kedua-duanya boleh jd jariah tau.

Kalau kita post sesuatu yang baik, InsyaAllah tulisan kebaikan yang kita tulis itu orang lain ikut sama, kita pun akan dapat pahala...tapi kalau tulisan kita tulisan tidak baik?
Apa akan akan jadi?



Kita makan, kita tengah minum, tengah tidur, tengah gembira-gembira...
Dosa kita dicatat kerana secebis tulisan kita yang jahat.
Setiap sebaran yang disebar, setiap kejahatan yang diikut, ditiru kerana tulisan jahat kita kita dapat kumpul dosa secara saham...
Nauzubillah.


Jadi semua kita yang pandai menulis membaca ni, timbang2kan setiap ayat yang nak disampaikan. 
Fikir dulu sebelum tulis dan sebar. 
Apa kebaikan? Apa keburukan jika aku sebar.
Nak jadi penulis, boleh...menulislah... itu satu pekerjaan mulia...
Tapi tulislah dengan jiwa yang takutkan Tuhan yang maha Melihat segalanya. Sebab segala akan dihisan dikira perbicraan diakhirat nanti. 

Kerana tulisan boleh kekal berzaman, mungkin kita sudah tidak ada lagi didunia, tulisan kita masih dibaca diikut.

Pesan Saidina Ali R.A



Dan bagi semua yang suka menulis,
Ingat selalu kata2 Saidina Ali R.A ;

"Semua penulis akan meninggal dunia kecuali tulisannya, maka tulislah sesuatu yang akan membahagiakanmu di akhirat nanti..."

Semoga diberi rasa gemar menulis kebaikan dan rasa gerun untuk menulis kejahatan... 


Sunday, January 21, 2018

Jelajah Pulau Pinang dengan Kereta Sewa dan Driver

Pemandu Pelancong Profesional Dari Ridho Travel & Tours

Baru baru ini kami menerima pelanggan dari Kuala lumpur yang datang secara grouping memilih perkhidmatan kami untuk tours Pulau Pinang. 

Dan pastinya, untuk menikmati percutian yg menarik dan rileks, memilih kenderaan yang baik biasanya akan menjadi pemerhatian yang paling utama kan?

Jadi mereka memilih untuk menyewa kenderaan yang selesa dan besar untuk keselesaan dan untuk mendapatkan kualiti pelancongan yang berbaloi… dan mereka juga meminta pemandu pelancong untuk tidak perlu merasa keletihan memandu. Jadi kami memberikan khidmat seorang pemandu pelancong untuk tours mereka kali ini.



Penang Chauffeur Services

Kami dari syarikat Ridho travel & tours sememangnya menyediakan pemandu pelancong yang lengkap dengan pakej pakar dalam pemanduan selamat, berhemat, mengetahui semua selok belok utara serta tempat2 menarik. Dan yang paling penting layanan ramah mesra dan profesional. Dijamin anda dapat menikmati jelajahan anda dengan puas hati. 
  
Sewa Van 18 Seat Pusing Pulau Pinang

Dengan bilangan mereka yang ramai jadi kami mengesyorkan mereka memilih untuk membawa mereka pusing Pulau Pinang dengan van yang kami miliki Placer X. Van yang luas dan selesa dengan 18 seat yang tersedia di dalamnya.


Kemana pun tempat yang kita pergi pastinya tempat-tempat menarik yang akan dimasukkan dalam list kita kan? Untuk panduan dilain ketika. Kami dah masukkan kedalam list tempat- tempat menarik yang ada di pulau penang untuk anda melancong.

Antara tempat menarik dan tempat makan yang sedap-sedap yang kami bawa baru ini ialah Kedai Roti bakar transfer road ,Pasemboq , Jeruk Madu Pak Ali, Laksa Janggus, Tropical Fruits farm. Dan tempat2 yang menarik juga untuk dilawati seperti Street art,  Hard Rock Hotel, Bukit bendera, Deen Maju. 

Breakfast Yang Best Di Pulau Pinang


Sebelum kita pergi jelajah semua tempat, isi perut dulu yang paling penting. Untuk sarapan pagi kami pilih Roti Bakar Transfer Road yang popular dengan menu roti bakar telur goyang dan roti canai ayam pedas... kalau anda datang Penang jangan lupa kedai ini wajib datang tau... 

Seni Lukisan Yang Menakjubkan Di Pulau Pinang

Seterusnya kami ke Seterusnya kami ke street art untuk tengok seni yang dari perasaan dan sejarah dilukis disini. ianya merupakan satu kejayaan yang sangat unik yang ada di Pulau Pinang ini.  untuk tengok seni yang dari perasaan dan sejarah dilukis disini. ianya merupakan satu kejayaan yang sangat unik yang ada di Pulau Pinang ini. 

Kalau anda seorang yang suka art atau seni maka disini wajib datang. Ia adalah tempat yang sungguh menakjubkan di sekitar georgetown yang mana anda boleh melihat keunikan dinding yang dicat menceritakan tentang kehidupan di bandar ini dan selain itu ada juga "wrought-iron" karikatur yang menghiasi jalan macam sekarang orang buat lukisan 3D.

Orang yang datang ke sini seronok berlakon aksi yang pelbagai untuk bergambar. So kalau anda datang sini juga, Jangan lepaskan peluang untuk bergambar dengan aksi aksi anda sendiri disini.




Pasembur Paling Sedap Di Pulau Pinang

Pulau pinang negeri yang kaya dengan kepelbagaian makanannya dan diantara makanan yang kira makanan aslinya adalah pasembur atau "pasemboq" kata orang penang. Pasembor ni lebih kurang macam rojak kalau dinegeri kita. Didalamnya ada timun,tauhu,telur, makanan laut dan lain lagi dengan kuah yang ada kacang hancur dan berwarna oren kemerahan.

Kami memilih Pasembur Pulau Mutiara atau lebih dikenali “Pasembur Menari”. Kedainya berada di gerai persiaran Anjung Gurney. Kedai ini merupakan antara gerai pasembur yang paling best dan digemari oleh orang tempatan dan pelancong.




Tahu Tak Kenapa Ia Dikenali Sebagai Pasembur Menari?
"Pasembur ini disediakan dengan gaya ikut alunan muzik yang menarik perhatian pengunjung yang datang, tambahan dengan rasa pasembur yang sememangnya sedap maka tidak hairanlah gerai ini menjadi kunjungan sesiapa saja yang datang kesini."
Segalanya Ada Dibukit Bendera Pulau Pinang

Telah menjadi halwa telinga kita bukit bendera adalah satu tempat yang sangat menakjubkan dipulau pinang. Dengan udara dingin disebabkan ketinggiannya yang mencapai 800 meter dari paras laut dan dilengkapi dengan pelbagai aktiviti santai disana.

Antara yang bestnya disana ialah  mereka menyediakan keretapi untuk para pelancong. Kami menaiki keretapi dan mngambil tempat duduk paling hadapan untuk merasakan perjalanan yang lebih awesome.

Setelah sampai, kami membawa mereka menaiki beggy yang disediakan untuk melawati bukitnya yang disediakan bermacam-macam tarikan untuk pelancong disini. Lepas tu tengok museum owl & clift, ada meriam, boleh tengok bunglow2 lama yang dibina dari zaman inggeris dulu, taman permainan, dan ada tempat untuk simpan niat jugak tau...hahah.. 

Mereka menyediakan satu tempat yang kita kena beli mangga kunci tu tulis sesuatu niat dan kunci kat satu dinding dawai yang disediakan.


Dan diatas sana juga ada Satu tempat yang kita  boleh teropong pulau pinang dari atas. Tempat ini sesuai untuk mereka yang nak celebrate honeymoon disini pastinya honeymoon ini tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

Tetamu-tetamu kami kali ini memang sangat teruja berada disini. Mereka semua plan nak sambutan anniversary kat atas bukit bendera ni.

Setelah penat kami pusing bukit bendera tiba-tiba perut kami berkeroncong tandanya perut sudah meminta untuk di isi dengan makanan yang sedap di pulau penang ni? Kami membawa mereka semua pergi makan di kedai Deen Maju untuk merasakan nasi kandar yang popular di penang.


Selepas makan segala makanan berat dan berkalori . Kami membawa mereka melawat Tropical Fruit Farm yang mana disini ditanam pelbagai buah buahan tempatan,dan pelawat dibenarkan merasai buah-buah yang ada.

Pelanggan-pelanggan kami pilih durian untuk makan disana bukan main syok lagi noh... Kemudian semua balik tidur kekenyangan....dan menu petang pun dah dirancang...hihi  



Laksa Paling Sedap di Pulau Penang

Pulau pinang ini memang banyak makanan yang sedap sedap dan pelbagai jenis stail sebab percampuran bangsanya yang unik dan damai yang mereka ada tidak menjadi masalah pada semua. Jadi makanan pun begitulah pelbagai dan semua orang makan tanpa ada rasa beza dan insyaAllah semua halal.
Laksa janggus ini sebenarnya dipanggil sempena kedainya berada dekat dengan pokok gajus (janggus panggilan pulau pinang) kedai ini ianya terletak dibalik pulau. Tapi orang balik pulau tak panggil laksa janggus pun, mereka menyebut kedai laksa Timah sebab tauke kedainya bernama Timah.

Kebetulan kami singgah dibalik pualu hari ahad boleh lah menikmati laksa janggus ini sebab kedai ini ditutup pada setiap hari rabu. Dan yang menariknya disini kedai ini mengunakan cara serve makanan secara layan diri, dengan 1 harga yg sama. Jadi klu berada dikedai ni rasa macam berada dalam kenduri je hihhi...so  sapa mai penang wajib try tau. 


Jeruk Madu Pak Ali dan Jeruk IBU Pulau Penang

Jeruk Pak Ali memang sudah tidak asing lagi di pantai timur juga. Buah buahan yang dicampur dan dijeruk keluaran mereka selamat dan berlainan dari biasa kerana buah buahan mereka dijeruk dengan madu dan tidak menggunakan ibu jeruk seperti di pasaran biasa.



 Hardrock Cafe Penang

Last sekali, kami juga  sempat juga pergi minum petang di Hardrock Cafe dekat Hardrock Hotel. Hard Rock hotel ialah sebuah hotel mewah bertaraf antrabangsa yang memang cantik kawasannya dan unik hiasannya. Dengan port mandi kolam disetiap bilik nampak privacy walaupun hakikatnya dibina sebuah kolam sahaja. 
 


Jom Melancong di Pulau Penang

Haaa… Mmg nampaknya pelanggan kami pun enjoy betul pusing Penang kali ni. Segalanya boleh try. Anda teruja tak?  Kalau teruja boleh hubungi kami untuk tahu lebih lanjut tentang pakej pelancongan yang kami sediakan


Anda perlu merasainya sendiri, untuk tulis segala pengalaman yang mereka nikmati mungkin entry ini tak boleh behenti disini. Jadi untuk anda yang berminat dan nak merasai juga perjalanan yang rileks dan gembira pusing-pusing utara ni. Bolehlah mecuba perkhidmatan kami Ridho Travel & Tours

Dan insyaallah Nanti untuk entry lain , kami akan kongsikan tempat-tempat yang lebih menarik lagi yang menjadi pilihan pelanggan kami.  Dan kalau datang ke utara silalah hubungi Ridho Travel & Tours Perkhidmatan yang dipercayai, mudah dan selamat.









Kami juga menawarkan sewaan untuk anda dengan pelbagai kereta yang boleh membawa anda samada secara sendiri, grouping dan family trip dan ianya dijamin mengikut kemampuan dan keselesaaan anda.
Jadi, apa tunggu lagi? Pilihlah perkhidmatan dari Ridho Travel&Tours sekarang untuk pengalaman mlancong yg hebat dan berbaloi !
Telefon / WhatsApp : 017 – 4008804 | Link WhatsApp

Sunday, January 14, 2018

Tips Travel Bersama Anak Kecil

Travel bersama keluarga 

Hai... Kali ni nak bercakap tentang Travel... suka travel tak?

Admin memang suka jalan-jalan ketempat – tempat menarik... dari masa muda-muda dulu dengan family hingga ke dengan kawan-kawan masa kat kampus dulu-dulu...

Sekarang pun masih suka. Cuma sekarang sedikit berbeza sebab sekarang dah ada anak kecil.




Susah ke nak teruskan hobi travel atau backpackers bila ada anak? Tak pun, sama je...Cuma beza di penambahan budjet dan perlukan persediaan yang lebih awal.

 Perjalanan dengan anak kecil

Bagi admin, perjalanan dengan anak kecil ni pertama-tamanya persediaan awal yang terpenting. Fikir dan rancang segalanya. Dan kita perlu membuat persediaan untuk beberapa kemungkinan yang terjadi. Dari hal makan minum mereka, hal time tantrum mereka, hingga ke hal mainan mereka... untuk memastikan keselesaan mereka dan kita.

Utamanya, anda mesti bersedia !

Bukan last minute, tetapi bersedia lebih awal, kita pun rileks dan anak-anak pun akan lebih selesa. Bila mereka selesa kita pun akan merasakan sebuah pengalaman perjalanan yang berjaya tanpa stress.

Ok lah, kat sini Admin nak kongsi beberapa tips yang Admin rancang untuk travel bersama si kecil.


 Tips untuk Perjalanan Dengan Bayi atau Kanak-kanak :

1.    Kalau perjalanan yang akan kita lalui dengan kapal terbang. Pastikan tempahan tempat duduk yang betul. Pilih tempat yang mempunyai sambungan, contoh kalau naik Air Asia, pilih ketiga-tiga kerusi hanya untuk family kita, yang tengah atau paling hujung dekat tingkap letak baby. Dan kalau ada bebarapa lagi anak yang dewasa pilih tempat duduk yang sama line dengan kita, jika perlu.




2.    Dan jika kapal terbang pilihan anda, ketika beratur masuk dalam perut pesawat, admin akan pilih untuk pergi akhir-akhir. Sebab masa tu orang sesak dan berebut nak beratur. Untuk mengelakkan anak-anak kita tak selesa, atau rimas. Duduk atau main-main dahulu dengannya sementara menunggu masuk kedalam pesawat. Jangan bimbang, tempat duduk kita ada untuk kita.

3.    Bersedia dengan makanan ringan dan air. Janga lupa bawa plastik sampah sendiri kalau banyak makanan dalam plastik yang dibawa.

4.    Ketika menunggu biarkan bayi atau anak-anak dahaga , sebab nanti ketika kapal terbang mula berlepas pastikan bagi mereka minum untuk mengelakkan mereka rasa dengung telinga, sebelum mereka menangis tak selesa.

5.    Pastikan bayi sentiasa kenyang tidak dahaga ketika pesawat sedang bergerak, kerana kapal terbang ni dia menyerap cecair dan kita akan mudah rasa haus. Saya juga mengesyorkan bawa cawan atau botol yang boleh disedut untuk anak-anak yang dah boleh minum sendiri. Beri kepada mereka ketika nak mendarat dan berlepas. Itu untuk membantu meredakan tekanan udara, yang terjadi terutamanya semasa berlepas dan mendarat.



6.    Bawa banyak pakaian tambahan dan lampin. Sekiranya perjalanan dengan kapal terbang, pakaian bayi atau anak kecil kita dalam 2 lapisan. Terus pakai jika lihat anak kita sejuk dan buang baju lapisan luar kalau tengok mereka panas. Kesimpulannya selalu perhatikan mereka.  Bayi yang sejuk mereka akan menangis. Dan ingat, sama ada anda mengembara dengan kapal terbang atau kereta, masalah boleh berlaku, jadi selalu ada pakaian tambahan dan lampin dekat dan mudah diambil guna.

7.    Bawa barangan kegemaran anak, kalau boleh yang mereka suka bawa ketika tidur. Bawa mainan kegemarannya, atau selimut dan bantal kegemaran, so mereka akan sentiasa selesa dan selesa. Antara perkara yang memudahkan anak kecil tidur, tutup tingkap untuk gelapkan sedikit suasana. Semua ini dapat membantu bayi tidur dengan tenang.

8.    Dan untuk bawa mainan kegemaran anak-anak. Pastikan bawa mainan lembut sahaja jenis soft toy yang tidak mempunyai tepi tajam atau yang boleh menyakitkan. Layan dan bermain mainan kegemarannya dengannya akan membantu anak merasa aman dan selesa, kita pun boleh menjaga mereka dengan gembira.




9.    Saya suka bawa mainan, yang saya balut. Untuk mewujudkan aktiviti. Saya gunakan plastik wrapping kuih untuk membungkus mainan kecil dan lembut, sebab dengn ini mereka ada aktiviti dan mereka rasa special dengan mainan yang kita bawa, sehingga mengambil masa untuk mereka membuka dan bermain. Sebab seorang kanak-kanak, terutamanya, akan memberi tumpuan kepada apa sahaja yang tersembunyi dalam pakej kejutan. Ini boleh menjadi aktiviti menarik untuknya.

10.  Pakai barangan atau bawa barangan yang berkaitan dengan negeri atau negara yang kita akan lawati. Beritahu cerita mengenai tempat-tempat yang akan kita jelajahi. Supaya mereka lebih minat untuk sabar menunggu keseronokan yag bakal dinikmati nanti. Oleh itu, perjalanan keluarga boleh menjadi perjalanan yang menyeronokkan dan tidak dapat dilupakan, serta boleh jadi satu masa belajar yang unik.

11.  For the last choice, iPad atau jenis video audio elektronik dengan aplikasi atau permainan perlu disediakan juga untuk menarik perhatian mereka dan memujuk ketika kemungkinan mereka mula bosan. Sebab kanak-kanak mereka tidak boleh duduk disatu tempat yang sama dalam masa yang lama, mereka boleh stress.

12.  Kalau tidak terpakasa, jangan mengambil perjalanan yang lebih lama dari 6 jam. Jika perjalanan dengan kereta, cuba merancang beberapa tempat untuk berhenti dan membolehkan mereka berjalan sedikit. Jadi bayi atau anak anda tidak berasa terhad dan bosan untuk duduk selama berjam-jam.




13.  Sentiasa duduk betul-betul di sebelah bayi. Kita adalah zon selesa mereka, kita HOME kepadanya... ibu dan ayah adalah segalanya kerana dia akan merasa aman dan selamat dengan anda duduk di sebelahnya.

14.  Semasa memandu, pastikan apa yang anak kita minat. Samada dengan muzik atau permainan. Berikan lagu, ceritakan kisah yang disukai, buat sajak, dan mainkan permainan ...kuncinya pastikan dia berminat.


15.  Pek sepenuhnya segala barang yang perlukan cas bateri. Jangan lupa powerbank. Bersedia lebih awal dan pastikan tablet dan telefon telah dicas sepenuhnya, dan mempunyai pengecas tambahan yang tersedia dengan kita dipesawat atau didalam kereta, untuk kegunaan ketika kecemasan yang utama.


Best Family Trip

Konklusinya,  sama ada kita mengembara dengan kapal terbang, kereta api, atau kereta, yang terpenting adalah memastikan anda bersedia.

Rancang segalanya dengan baik, pek dengan baik. Anak-anak akan menantikan perjalanan yang menyeronokkan jika kita memberi perhatian kepada mereka.

Pada kanak-kanak, pengembaraan yang menyeronokkan  hanya gembira dan selesa.




So pastikan, kita jadi ibu bapa yang membahagiakan dan mampu mengembirakan mereka.

Ingatlah waktu dan segala keperluan teman perjalanan kecil anda, mereka gembira kita selesa. Resultnya, semua dapat family travel yang sangat awesome dan kualiti time yang baik dapat dimiliki oleh semua.

Selamat menikmati perlancongan menarik bersama anak-anak kecil anda...

Mai Utara, jangan lupa sewa kereta di Kereta Sewa Alor Setar Kedah untuk merasakan Travel yang best bersama anak kecil dan keluarga anda !