Pemandu Pelancong Profesional Dari Ridho Travel & Tours
Baru baru ini kami menerima pelanggan dari Kuala lumpur yang datang secara grouping memilih perkhidmatan kami untuk tours Pulau Pinang.
Dan pastinya, untuk menikmati percutian yg menarik dan rileks, memilih kenderaan yang baik biasanya akan menjadi pemerhatian yang paling utama kan?
Jadi mereka memilih untuk menyewa kenderaan yang selesa dan besar untuk keselesaan dan untuk mendapatkan kualiti pelancongan yang berbaloi… dan mereka juga meminta pemandu pelancong untuk tidak perlu merasa keletihan memandu. Jadi kami memberikan khidmat seorang pemandu pelancong untuk tours mereka kali ini.
Penang Chauffeur Services
Kami dari syarikat Ridho travel & tours sememangnya menyediakan pemandu pelancong yang lengkap dengan pakej pakar dalam pemanduan selamat, berhemat, mengetahui semua selok belok utara serta tempat2 menarik. Dan yang paling penting layanan ramah mesra dan profesional. Dijamin anda dapat menikmati jelajahan anda dengan puas hati.
Sewa Van 18 Seat Pusing Pulau Pinang
Dengan bilangan mereka yang ramai jadi kami mengesyorkan mereka memilih untuk membawa mereka pusing Pulau Pinang dengan van yang kami miliki Placer X. Van yang luas dan selesa dengan 18 seat yang tersedia di dalamnya.
Kemana pun tempat yang kita pergi pastinya tempat-tempat menarik yang akan dimasukkan dalam list kita kan? Untuk panduan dilain ketika. Kami dah masukkan kedalam list tempat- tempat menarik yang ada di pulau penang untuk anda melancong.
Antara tempat menarik dan tempat makan yang sedap-sedap yang kami bawa baru ini ialah Kedai Roti bakar transfer road ,Pasemboq , Jeruk Madu Pak Ali, Laksa Janggus, Tropical Fruits farm. Dan tempat2 yang menarik juga untuk dilawati seperti Street art, Hard Rock Hotel, Bukit bendera, Deen Maju.
Breakfast Yang Best Di Pulau Pinang
Sebelum kita pergi jelajah semua tempat, isi perut dulu yang paling penting. Untuk sarapan pagi kami pilih Roti Bakar Transfer Road yang popular dengan menu roti bakar telur goyang dan roti canai ayam pedas... kalau anda datang Penang jangan lupa kedai ini wajib datang tau...
Seni Lukisan Yang Menakjubkan Di Pulau Pinang
Seterusnya kami ke Seterusnya kami ke street art untuk tengok seni yang dari perasaan dan sejarah dilukis disini. ianya merupakan satu kejayaan yang sangat unik yang ada di Pulau Pinang ini. untuk tengok seni yang dari perasaan dan sejarah dilukis disini. ianya merupakan satu kejayaan yang sangat unik yang ada di Pulau Pinang ini.
Kalau anda seorang yang suka art atau seni maka disini wajib datang. Ia adalah tempat yang sungguh menakjubkan di sekitar georgetown yang mana anda boleh melihat keunikan dinding yang dicat menceritakan tentang kehidupan di bandar ini dan selain itu ada juga "wrought-iron" karikatur yang menghiasi jalan macam sekarang orang buat lukisan 3D.
Orang yang datang ke sini seronok berlakon aksi yang pelbagai untuk bergambar. So kalau anda datang sini juga, Jangan lepaskan peluang untuk bergambar dengan aksi aksi anda sendiri disini.
Pasembur Paling Sedap Di Pulau Pinang
Pulau pinang negeri yang kaya dengan kepelbagaian makanannya dan diantara makanan yang kira makanan aslinya adalah pasembur atau "pasemboq" kata orang penang. Pasembor ni lebih kurang macam rojak kalau dinegeri kita. Didalamnya ada timun,tauhu,telur, makanan laut dan lain lagi dengan kuah yang ada kacang hancur dan berwarna oren kemerahan.
Kami memilih Pasembur Pulau Mutiara atau lebih dikenali “Pasembur Menari”. Kedainya berada di gerai persiaran Anjung Gurney. Kedai ini merupakan antara gerai pasembur yang paling best dan digemari oleh orang tempatan dan pelancong.
Tahu Tak Kenapa Ia Dikenali Sebagai Pasembur Menari?
"Pasembur ini disediakan dengan gaya ikut alunan muzik yang menarik perhatian pengunjung yang datang, tambahan dengan rasa pasembur yang sememangnya sedap maka tidak hairanlah gerai ini menjadi kunjungan sesiapa saja yang datang kesini."
Antara yang bestnya disana ialah mereka menyediakan keretapi untuk para pelancong. Kami menaiki keretapi dan mngambil tempat duduk paling hadapan untuk merasakan perjalanan yang lebih awesome.
Jadi, apa tunggu lagi? Pilihlah perkhidmatan dari Ridho Travel&Tours sekarang untuk pengalaman mlancong yg hebat dan berbaloi !
0 comments:
Post a Comment