Travel bersama keluarga
Hai...
Admin memang suka jalan-jalan ketempat – tempat menarik... dari masa
muda-muda dulu dengan family hingga ke dengan kawan-kawan masa kat kampus
dulu-dulu...
Sekarang pun masih suka. Cuma sekarang sedikit berbeza sebab sekarang
dah ada anak kecil.
Susah ke nak teruskan hobi travel atau backpackers bila ada anak? Tak pun, sama je...Cuma beza di penambahan budjet dan perlukan
persediaan yang lebih awal.
Perjalanan dengan anak kecil
Bagi admin, perjalanan dengan anak kecil ni pertama-tamanya persediaan
awal yang terpenting. Fikir dan rancang segalanya. Dan kita perlu membuat persediaan
untuk beberapa kemungkinan yang terjadi. Dari hal makan minum mereka, hal time
tantrum mereka, hingga ke hal mainan mereka... untuk memastikan keselesaan
mereka dan kita.
Utamanya, anda mesti bersedia !
Bukan last minute, tetapi bersedia lebih awal, kita pun rileks dan
anak-anak pun akan lebih selesa. Bila mereka selesa kita pun akan merasakan sebuah
pengalaman perjalanan yang berjaya tanpa stress.
Ok lah, kat sini Admin nak kongsi beberapa tips yang Admin rancang untuk
travel bersama si kecil.
Tips untuk Perjalanan Dengan Bayi atau Kanak-kanak :
1. Kalau perjalanan yang
akan kita lalui dengan kapal terbang. Pastikan tempahan tempat duduk yang
betul. Pilih tempat yang mempunyai sambungan, contoh kalau naik Air Asia, pilih
ketiga-tiga kerusi hanya untuk family kita, yang tengah atau paling hujung
dekat tingkap letak baby. Dan kalau ada bebarapa lagi anak yang dewasa pilih
tempat duduk yang sama line dengan kita, jika perlu.
2. Dan jika kapal
terbang pilihan anda, ketika beratur masuk dalam perut pesawat, admin akan pilih
untuk pergi akhir-akhir. Sebab masa tu orang sesak dan berebut nak beratur.
Untuk mengelakkan anak-anak kita tak selesa, atau rimas. Duduk atau main-main dahulu
dengannya sementara menunggu masuk kedalam pesawat. Jangan bimbang, tempat
duduk kita ada untuk kita.
3. Bersedia dengan
makanan ringan dan air. Janga lupa bawa plastik sampah sendiri kalau banyak
makanan dalam plastik yang dibawa.
4. Ketika menunggu
biarkan bayi atau anak-anak dahaga , sebab nanti ketika kapal terbang mula
berlepas pastikan bagi mereka minum untuk mengelakkan mereka rasa dengung
telinga, sebelum mereka menangis tak selesa.
5. Pastikan bayi
sentiasa kenyang tidak dahaga ketika pesawat sedang bergerak, kerana kapal terbang ni dia menyerap cecair dan
kita akan mudah rasa haus. Saya juga mengesyorkan bawa cawan atau botol yang boleh disedut untuk anak-anak yang dah boleh minum sendiri. Beri kepada mereka ketika nak mendarat
dan berlepas. Itu untuk membantu meredakan tekanan udara, yang terjadi
terutamanya semasa berlepas dan mendarat.
6. Bawa banyak pakaian
tambahan dan lampin. Sekiranya perjalanan dengan kapal terbang, pakaian bayi
atau anak kecil kita dalam 2 lapisan. Terus pakai jika lihat anak kita sejuk
dan buang baju lapisan luar kalau tengok mereka panas. Kesimpulannya selalu
perhatikan mereka. Bayi yang sejuk mereka akan menangis. Dan ingat,
sama ada anda mengembara dengan kapal terbang atau kereta, masalah boleh
berlaku, jadi selalu ada pakaian tambahan dan lampin dekat dan mudah diambil
guna.
7. Bawa barangan
kegemaran anak, kalau boleh yang mereka suka bawa ketika tidur. Bawa mainan
kegemarannya, atau selimut dan bantal kegemaran, so mereka akan
sentiasa selesa dan selesa. Antara perkara yang memudahkan anak kecil tidur,
tutup tingkap untuk gelapkan sedikit suasana. Semua ini dapat membantu bayi
tidur dengan tenang.
8. Dan untuk bawa mainan
kegemaran anak-anak. Pastikan bawa mainan lembut sahaja jenis soft toy yang
tidak mempunyai tepi tajam atau yang boleh menyakitkan. Layan dan bermain
mainan kegemarannya dengannya akan membantu anak merasa aman dan selesa, kita
pun boleh menjaga mereka dengan gembira.
9. Saya suka bawa
mainan, yang saya balut. Untuk mewujudkan aktiviti. Saya gunakan plastik wrapping kuih untuk membungkus
mainan kecil dan lembut, sebab dengn ini mereka ada aktiviti dan mereka rasa
special dengan mainan yang kita bawa, sehingga mengambil masa untuk mereka
membuka dan bermain. Sebab seorang kanak-kanak, terutamanya, akan memberi
tumpuan kepada apa sahaja yang tersembunyi dalam pakej kejutan. Ini boleh
menjadi aktiviti menarik untuknya.
10. Pakai barangan atau
bawa barangan yang berkaitan dengan negeri atau negara yang kita akan lawati.
Beritahu cerita mengenai tempat-tempat yang akan kita jelajahi. Supaya mereka
lebih minat untuk sabar menunggu keseronokan yag bakal dinikmati nanti. Oleh
itu, perjalanan keluarga boleh menjadi perjalanan yang menyeronokkan dan tidak
dapat dilupakan, serta boleh jadi satu masa belajar yang unik.
11. For the last choice,
iPad atau jenis video audio elektronik dengan aplikasi atau permainan perlu
disediakan juga untuk menarik perhatian mereka dan memujuk ketika kemungkinan
mereka mula bosan. Sebab kanak-kanak mereka tidak boleh duduk disatu tempat
yang sama dalam masa yang lama, mereka boleh stress.
12. Kalau tidak
terpakasa, jangan mengambil perjalanan yang lebih lama dari 6 jam. Jika
perjalanan dengan kereta, cuba merancang beberapa tempat untuk berhenti dan
membolehkan mereka berjalan sedikit. Jadi bayi atau anak anda tidak berasa
terhad dan bosan untuk duduk selama berjam-jam.
13. Sentiasa duduk
betul-betul di sebelah bayi. Kita adalah zon selesa mereka, kita HOME
kepadanya... ibu dan ayah adalah segalanya kerana dia akan merasa aman dan
selamat dengan anda duduk di sebelahnya.
14. Semasa memandu,
pastikan apa yang anak kita minat. Samada dengan muzik atau permainan. Berikan
lagu, ceritakan kisah yang disukai, buat sajak, dan mainkan permainan
...kuncinya pastikan dia berminat.
15. Pek sepenuhnya segala
barang yang perlukan cas bateri. Jangan lupa powerbank. Bersedia lebih awal dan
pastikan tablet dan telefon telah dicas sepenuhnya, dan mempunyai pengecas
tambahan yang tersedia dengan kita dipesawat atau didalam kereta, untuk
kegunaan ketika kecemasan yang utama.
Best Family Trip
Konklusinya, sama ada kita mengembara dengan kapal terbang,
kereta api, atau kereta, yang terpenting adalah memastikan anda bersedia.
Rancang segalanya dengan baik, pek dengan baik. Anak-anak akan
menantikan perjalanan yang menyeronokkan jika kita memberi perhatian kepada
mereka.
Pada kanak-kanak, pengembaraan yang menyeronokkan hanya
gembira dan selesa.
So pastikan, kita jadi ibu bapa yang membahagiakan dan mampu
mengembirakan mereka.
Ingatlah waktu dan segala keperluan teman perjalanan kecil anda, mereka
gembira kita selesa. Resultnya, semua dapat family travel yang sangat awesome
dan kualiti time yang baik dapat dimiliki oleh semua.
Selamat menikmati perlancongan menarik bersama anak-anak kecil anda...
Mai Utara, jangan lupa sewa kereta di Kereta Sewa Alor Setar Kedah untuk merasakan Travel yang best bersama anak kecil dan keluarga anda !
Mai Utara, jangan lupa sewa kereta di Kereta Sewa Alor Setar Kedah untuk merasakan Travel yang best bersama anak kecil dan keluarga anda !
0 comments:
Post a Comment