Kereta Sewa Alor Setar

Kereta Sewa Alor Setar ialah halaman web untuk mempromosikan perkhidmatan kereta sewa di Alor Setar, Kedah. Kami merupakan wakil penyewa kereta sewa di Alor Setar, Kedah.

Kami menyediakan Perkhidmatan Kereta Sewa untuk pelanggan samada individu atau korporat, tempatan mahupun antarabangsa di seluruh daerah di Alor Setar. Kereta sewa kami boleh disewakan secara harian, mingguan mahupun bulanan.






Thursday, November 16, 2017

Review Myvi Baru | Kereta Sewa Kedah

Myvi baru ni banyak kelainan yang di upgread dari myvi lama, kalau beli yang full spec memang banyak kelebihan yang dapat. Player myvi baru ni boleh sambung dengan android terus untuk senang nak guna google maps atau waze dengan layaran lebih besar.

 Kalau admin nak cerita satu persatu memang panjang, hangpa tengok lah gambar dibawah ni sendiri untuk nak tahu lebih lanjut tentang myvi baru ni, kalau nak lagi puas hati boleh pergi test driver sendiri untuk rasa sendiri kelebihan myvi baru ni












Tuesday, November 14, 2017

Cendol Tutti Frutti di Alor Setar Kedah

Cendoi Tutty Fruitty & Cendoi pulut di Gerai Lie Cendoi

Cendoi biasa - RM2
Cendoi pulut - RM3
Cendoi tutty fruity - RM7

Waktu niaga :
11pg - 6ptg
Tutup setiap hari jumaat

Lokasi-
Berhadapan Sekolah Maktab Mahmud Pekan Langgar




Monday, November 13, 2017

Kereta Sewa di KTM Alor Setar

Pagi ini kami kena delivery 5 unit kereta sewa di stesen kereta api Alor Setar pada pelanggan kami yang telah booking untuk pergi kenduri dari kuala lumpur ke kangar perlis, Seawal 8pagi kami basuh kereta dan terus bergegas ke stesen KTM Alor Setar untuk delivery kereta.

Syarikat kereta sewa alor setar Ridho Travel & Tours menerima bayaran melalu kredit kad, LO, PO, Cash, Cheq dan dan sebagainya. Bayaran boleh dibuat di KTM waktu kami serahkan kunci kereta di KTM Alor Setar Kedah. Ofis kami berhampiran dengan KTM Alor Setar dan KTM anak bukit.

Syarikat kami ada pelbagai jenis kereta untuk disewakan seperti Viva, Axia, Myvi, Saga, Mpv Alza, Exora, innova, Vellfire, Alphard, Estima, Honda Accord, Honda CRV, BMW 750Li, BMW740, BMW730, BMW 320, BMW 520, Mercedes E250 dan pelbagai jenis kereta lagi yang kami ada

Untuk senarai kereta dan harga boleh ke > Kereta Sewa Alor Setar Kedah


Ridho Travel & Tours | Perkhidmatan Kereta Sewa Kedah

  
 

Monday, November 6, 2017

Senarai Tempat Makan Best di Alor Setar Kedah

Hari ini saya nak update beberapa senarai Tempat Makan Paling Sedap di Alor Setar Kedah untuk memudahkan pelancong untuk menikmati makanan dan menambah lemak. HaHaHa

1- Roti Doll Alor Setar Kedah

 Restoran Mee Sham Roti Doll
Jalan Gunung Keriang 05150 Alor Setar 


Tempat Makan Best di Alor Setar Kedah No1 - Tempat untuk breakfast di alor setar yang best antaranya roti doll. Nama kedai Restoran Mee Sham Roti Doll Terelatak di Jalan Gunung Keriang 05150 Alor Setar Kedah . Banyak menu menarik disediakan di Restoran Mee Sham Roti Doll. Tapi yang paling best ialah Roti Doll

Apa itu Roti Doll? Roti Doll ni adalah roti canai di potong dan dicampurkan dengan kuah kari, kuah dal, sambal tumis dan juga di letakkan telor goyang diatasnya. Tengok sahaja pon dah bergoyang rasanya lemak dalam badan ni.

Di Restoran Mee Sham Roti Doll Juga ada disediakan menu lain. antaranya Roti jala, Sky doll telur ayam kampung, Nasi kandar, Nasi Beriani dan pelbagai jenis menu lagi ada di sini.

Restoran Roti Doll Ada 2 di Alor Setar

Lokasi Restoran Roti Doll Pantai Johor Jalan Gunung Keriang  https://goo.gl/maps/aNRVSDAULCx
Lokasi Restoran Roti Doll Hutan Kampung Alor Setart https://goo.gl/maps/X1pmYCmucE82


2- LAKSA IKAN SEKOQ ( Laksa ikan Sekor )

Laksa ikan Sekoq Alor Setar
Jalan Gangsa Alor Setar Kedah 

Tempat Makan Best di Alor Setar Kedah No2 - Sudah selesai makan Roti Doll. Anda boleh pula rasa Laksa ikan sekoq di Alor Setar yang beralamat No 66 Rumah Kedai Perumahan Awam Mergong Jalan Gangsa 05350 Alor Setar Kedah

Kombinasi yang menarik dengan adanya seekor ikan kembung (temenung) berenang di dalam kuah laksa yang membuatkan terasi masinya disebabkan ikan fresh yang dimasak.





Bukan setakat laksa sahaja yang ada tapi ada juga disediakan Cendol Pulut dan Cendul Pulut Durian yang sangat sedap dengan menggunakan santan yang pekat dan rasanya sangta padu sehingga menusk kalbu.

Bayar sekali dan makan sepuas hati kerana kedai ini bagi Tambah Percuma tanpa dikenakan caj tambaha. Memang berbaloi sangat makan Laksa Ikan Sekor dekat kedai ni. Rugi kalau datang alor setar tapi tak makan Laksa Ikan Sekoq.

No Phone Laksa Ikan Skoq : 012-439 1313
Lokasi Laksa Ikan Sekoq https://goo.gl/maps/mPAhkuKVZFC2

3- Restoran Pokok Pisang Alor Setar

Restoran Pokok Pisang Alor Setar
Jalan Suka Menanti Alor Sekar Kedah

Tempat Makan Best di Alor Setar Kedah No3 - Sekiranya anda ingin makan berat, Anda boleh terus ke Restoran Poko Pisang yang berdekatan pejabat jpj jalan suka menanti alor setar. di Restoran Pokok Pisang ialah restoran nasi campur, bak kata orang kelantan nasi berlauk.

Kedai Makan Dalam Bendang Alor Setar
Antara tempa makan dalam bendang di alor setar sambil menghirup udara segar dan menikmati pemandangan sawah padi ketika makan tengahari. Memang sempoi  makan nasi ulam dan daging bakar di cicah dengan air asam yang sangat padu terasa sehingga ke hempedu.

Air Kelapa Alor Setar Sedap

Air Kelapa di Restoran Pokok Pisang Alor Setar memang terbaik bak hang. Boleh katakan Antara Air Kelapa yang sedap di alor setar kedah. Minum sekali mesti bermimpi nak datang lagi HaHaHa.


Mesti anda nak tahu Alamat Restoran Pokok Pisang kan?. Alamta Restoran Pokok Pisang : Depan Jubli Mas Jalan Suka Menanti Alor Sekar Kedah. sekiranya ingin membuat tempahan untuk makan di Restoran Pokok Pisang, Boleh Call dulu.

 No Phone Restoran Pokok Pisang : 013-584 0190
Lokasi Restoran Pokok Pisang : https://goo.gl/maps/MHDrYFTxXxF2


4- Nasi Lemak Royal Alor Setar

 Restoran Nasi Lemak Royal 
 Lebuhraya sultan Abdul Halim Alor Setar 

Tempat Makan Sedap di Alor Setar Kedah No4 - Bagi peminat nasi kandar ( Nasi Kandaq ) Boleh cuba Nasi Lemak Royal. Nasinya lemak disimbah dengan kuah campur yang sebati rasa pedas manis dan di makan dengan ayam goreng yang lembut rangup. Rasa seperti ayam sedang menari di dalam mulut.


Campuran kuah yang begitu menarik dan pebagai jenis lauk yang anda boleh pilih seperti udang, sotong, burung puyuh, ikan, ayam goreng berempah, telur rebus, telur goreng dan pelbagai jenis lauk disediakan untuk anda pilih.


Restoran Nasi Lemak Royal terletak di Lebuhraya sultan Abdul Halim 05400 Alor Setar kedah. Berdekatan dengan kompleks sukan hijau kuning alor setar kedah. Waktu Operasi Restoran Nasi Lemak Royal dari 5pm sampai habis. Jangan pergi lewat malam sebab biasanya akan habis awal

Lokasi Restoran Nasi Lemak Royal Alor Setar : https://goo.gl/maps/1DDkGYRsCvn
Lokasi Restoran Nasi Lemak Royal Hijau Kuning : https://goo.gl/maps/bvh67qX88x72

5- Anjung Kuala Restoran Ikan Bakar Alor Setar

 Rrstoran Anjung Kuala Ikan Bakar Alor Setar
Marina, Kuala Kedah Alor Setar

Bagi yang mengidam nak makan ikan bakar di alor setar boleh singgah di Restroran Anjung Kuala Alor Setar. Terdapat pelbagai jenis ikan dan masakan. Sambal ikan bakar yang sedap dan lain dari yang lain.




Sotong celup tepung dia pon memang padu bak hang, ini lah anta salah satu menu yang wajib anda cuba sekiranya hangpa datang di restoran anjung kuala kuala kedah ini.



No Phone Rrstoran Anjung Kuala Ikan Bakar : 019-430 1888
Lokasi Rrstoran Anjung Kuala Ikan Bakar https://goo.gl/maps/wS3PxxFyY5P2 

Banyak lagi kalau nak tulis tempat makan best di kedah ni. ini baru sikit admin sempat tulis, kalau ada masa nanti admin cuba sambung lagi untuk update lagi tempat makan best di alor setar ni..

 

Sunday, November 5, 2017

Sewa Mercedes Benz E250

Ada yang mencari kereta Sewa Mercedes Benz E250 di alor setar kedah? Nak sewa kereta yang selesa untuk pusing satu malaysia? Kami dari syarikat Ridho Travel & Tours ada sediakan Mercedes Benz E250  yang bewarna oren untuk disewakan.

Hubungi kami di talian  Call 017-400 8804 / Whatsapp