Thursday, February 1, 2018

Cara Masuk Thailand Dengan Kereta

Ramai yang tanya kami Cara masuk ke Thailand dengan kereta sendiri, Hari ini kami cuba untuk buat posting agar dapat membantu rakyat malaysia yang masih tertanya-tanya cara untuk bawa kereta ke thailand melalu jalan bukit kayu hitam atau jalan padang besar.

Pertamanya mestilah sediakan dokument lengkap

1- Pasport  atau border pass bagi negeri yang ada  sempadan dengan thailand

2- Salinan geran kereta

3- Salinan kad pengenalan

4- Sekiranya bawa kereta atas nama orang lain maka diwajibkan bawa surat kebenaran dari pemilik kereta dan bawa salinan kad pengenalan pemilik kereta tu sekali.

5- Duit. Sediakan duit secukupnya kerana polis thailand dan penjawat awam thailand suka meminta duit untuk setiap urusan yang hendak kita lakukan dengan mereka.

Ok. Sekarang semua dokument sudah lengkap. Seterusnya kita cerita perjalanan dan proses untuk masuk ke thaland dengan kereta pula agar semuanya akan lebih jelas dan mudah faham.

Untuk bawa masuk kereta mestilah kena buat insurans dan dapatkan kad putih dulu di changlun dengan agen insurans, banyak kedai insurans di kawasan changlun tu, boleh pilih kedai yang anda suka dan rasa selesa untuk berhenti.

ini senarai harga untuk insurans kereta ke thailand


Setelah selesai insurans nanti dia akan bagi resit dan kad putih pada setiap orang


Bila semua dah selesai maka anda boleh teruskan perjalanan ke pintu masuk thailand. Yang kami tuju ini ada;ah pintuk masuk melalu bukit kayu hitam. di sempadan malaysia cuma perlu bagi pasport untuk di scan oleh pihak Jabatan Imigresen Malaysia.

Di sempadan pintu dannok thailand semua kena turun kereta untuk cop pasport dan cek muka sama atau tidak dengan gambar di pasport oleh Jabatan Imigresen Thailand. Kebiasaan nya dekat pintuk dannok thailand ni memang kena beratur panjang


Sekarang kami dah ada di luar dari malaysia dan kena ke pejabat kastam thailand untuk isi borrang kebenaran bawa kereta di negara thailand, kalau dah selesei urusan, boleh lah enjoi dan shopping tapi nak shopping kena tukar duit malaysia ke duit thailand dulu ya hehehe.


senang je kan? moga bermanfaat

16 comments:

  1. nk tnye klu bwk salinan gran blh ke? atau kne bwk yg ori?

    ReplyDelete
  2. Nak tnya, mmge kena bwk surat kebenaran ke klau bwk kreta sewa? Ada mmbe ckp tak payab.p

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ikut peraturan kena bawa, kalau nak buat cara salah boleh je masuk tanpa pasport

      Delete
  3. Tuan.boleh wassup sye X?bnyk perkara yg saya ingin bertanya.harap dpt membntu.0107059700

    ReplyDelete
  4. Tuan,
    Ada 2 soalan nak tanya
    Mana yg perlu dibawa?geran asal atau VOC?
    Masa di checkpoint thailand,duit selit ni biasa RM ke Bhat yg diorang minta?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu duit ringgit je, sekarang di nak duit siam, kalau musim tak cuti boleh buat selambe tak paytah bagi duit

      Delete
  5. As salam.. kereta sewa nie boleh bawak masok seberang x?

    ReplyDelete
  6. Tumpang tanya. Saya dan kawan2 telah buat perancangan untuk ke Hat Yai. Kenderaan yang akan digunakan ialah kenderaan ibu saya. Jadi apa langkah2 yang perlu saya buat supaya dapat memudahkan urusan melintasi sempadan?

    ReplyDelete
  7. Salam Tuan.. Jika bawa kenderaan orang lain.. Surat kebenaran n ic pemilik kene buat..contoh surat kebenaran tuu macam mana n bahasa apa..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. surat bahasa english
      surat yang membenarkan driver tu bawa kereta tu

      Delete
  8. Boleh pm saya, saya ada urusan disongkhla, mungkin perlu perkhidmatan tuan

    ReplyDelete