Tahun ini tak banyak Tempat makan durian di alor setar kedah di sebabkan durian tak berapa menjadi pada tahun ini dan kalau ada pon agak mahal juga harga durian di alor setar. Kedai durian di penang pon agak mahal juga walaupon durian dari balik pulau penang.
Tempat biasa jual durian di alor setar murah dan bamyak dekat jalan ke alor star mall. Jalan keluar highway tol alor setar selatan menuju alor star mall. Dekat situ biasa durian dijual dengan lori dan pelbagai jenis durian yang ada. Tapi tahun ni depa tak jual durian rasanya sebab dah kerap kali lalu tapi masih tak ada pon sampai lah musim durian dah nak habis.
Tahun ini kedai durian yang ada baru buka di alor setar dekat dengan sentosa. tapi dekat situ tak banyak sangat durian dan harga agak keras sedikit. Boleh lah kalau sekadar nak makan lepas gian setahun sekali dari tak ada langsung.
Durian Musang King Alor Setar
Yang isi kuning diraja ini namanya durian musang king, isinya memang kuning, rasanya lemak manis dan rasa sedikit pahit. harganya agak mahal dari RM70 - RM100/KG. Pastikan beli dekat kedai yang betul agar tak kena tipu dengan penjual buah durian.
Durian Udang Merah Kedah
Durian udang merah isinya memang cantik kemerahan. Rasanya manis lemak dan tak ada rasa pahit. durian udang merah antara buah durian yang terkenal di kedah dan penang kerana warnanya yang cantik dan isinya yang sedap.
Kalau datang alor setar nak pergi cari durian tapi tak ada kenderaan. Boleh lah sewa kereta dengan kami di Kereta Sewa Kedah kerana kami ada pelbagai jenis kereta dengan harga berpatutan
0 comments:
Post a Comment