Friday, July 21, 2017

Kereta Sewa Kedah - Nissan Almera


Kereta Sewa Kedah
Assalamualaikum.. Ada yang masih mencari kereta sewa di kedah? nak sewa kereta yang besar selesa sebab banyak barang nak bawa? dan nak kereta yang jimat minyak. hangpa semua jangan susah hati kerana kami dari syarikat kereta sewa alor setar kedah ada sediakan kereta sewa seperti tuan mahukan

Syarikat kami mempunya kereta nissan almera baru untuk disewakan pada yang masih mencari kereta yang selesa dan jimat petrol. Saiz  dalaman Almera memang besar walaupun dari luar nampak kompak. Ini  berjaya dilakukan melalui teknik memaksimumkan ruang. Ruang kaki  penumpang belakang luas, begitu juga dengan bonet.



Bagi yang mempunyai keluarga, selain suka berjalan jauh  seperti pulang ke kampung dan bercuti. Kerusi pemandu dan penumpang juga  selesa. Saya yakin penumpang pasti lena tidur semasa dalam perjalanan. Jangan pemandu pulak yang tertidur HeHeHe




Dari  segi pemanduan, Almera sememangnya ditala untuk negara membangun dengan  keadaan jalan yang tidak sempurna. Almera menyerap hentak lopak jalan  dengan baik. Pada kelajuan sederhana di atas lebuh raya, kereta terasa  stabil walaupun dengan saiz tayar yang langsing. Kiranya dua ciri  tersebut boleh saya kelaskan sebagai bagus.

Untuk  kuasa pula, Almera dijana oleh enjin bersesaran 1.5 liter CVTC yang  dipadankan dengan transmisi empat kelajuan. Pecutan Almera terasa linear  dan saya fikir mungkin itulah karakter enjin moden yang mungkin  dipengaruhi oleh teknologi penjimatan minyak.





Untuk senarai harga kereta sewa kedah boleh lihat di > Kereta Sewa Alor Setar Kedah
Sekiranya ingin sewa kereta di airport alor setar boleh ke > Kereta Sewa di Airport Alor Setar

0 comments:

Post a Comment